Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berselawat Diampun Dosa dan Diangkat Darjat

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala a'lim Muhammad. Berselawat diampuni dosa dan diangkat derajat kita di sisi Allah. Dalam bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW ini iaitu bulan islam Rabiul awwal, marilah sama-sama kita perbanyak selawat ke atas baginda tanda kasih, cinta dan sayang kita kepadanya. Insya Allah, dengan ikhtiat banyak berselawat, kita bakal mendapat syafaat dari baginda pada hari Akhirat kelak.

Berselawat Diampun Dosa dan Diangkat Darjat

Maksud selawat dari segi syarak adalah mengakui kerasulan Baginda SAW lalu berdoa agar Allah mengurniakan keutamaan dan kemuliaan ke atas Baginda SAW

Berselawat itu berkait rapat dengan konsep iman dan Islam sesuai dengan firmat Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan ke atasnya dengan sebenar-benarnya.– Surah al-Ahzab ayat 56

Baca >>> Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Berselawat Diampun Dosa dan Diangkat Darjat


Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala a'lim Muhammad..


عَنْ بُرَيْدِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ قَالَ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ  قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

Dari Buraid bin Abu Maryam dia berkata; telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: 

"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan mengucapkan selawat kepadanya sepuluh kali, dihapuskan darinya sepuluh kesalahan, dan ia diangkat sepuluh darjat untuknya." (HR An-Nasa'i No:1280) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang yang berselawat ke atas Rasulullah SAW sekali, Allah akan membalas dengan sepuluh kali.

2.  Orang yang berselawat sekali akan dihapuskan sepuluh kesalahannya

3.  Orang yang berselawat sekali akan diangkat sepuluh darjat untuknya di sisi Allah.

Semoga kita semua menjadi umat Muhammad sehingga ke akhir usia kita dan tetap berada di jalan islam dan beriman kepada Allah dan RasulNya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close