
Walau lauk simple tetapi itulah yang dikatanya sedap oleh si bujang bongsuku.. makan sampai licin pinggan. Budak lelaki ni tak la suka makan sayur tetapi bila kena dengan tekak dia, sayur tu habis diratahnya.
Sayur Sawi Putih Dan Sambal Telur Lauk Dinner Kami

Sawi putih tumis air, letak bawang merah, bawang putih dan sedikit ikan bilis. Letak jugak sikit cili padi buat rasa pedas sikit. Dah siap. Sedap makan dengan nasi putih panas. Biasanya saya lawankan dengan ikan goreng garing tetapi sebab dah malam ikan lupaa nak keluarkan dari freeze, telurlah jawabnya kita sambalkan dia..

Sawi putih pun banyak khasiatnya. Bagus diamalkan juga oleh ibu lepas bersalin. Termasuklah juga lobak putih, dan sayuran berdaun hijau.
Makan sayur banyak tak mengapa kerana sayur mengandungi kalori yang sedikit. Dalam menu harian kita, kena lebihkan sayuran dan buah-buahan. Barulah badan rasa sihat dan cergas. Kalau menumis contohnya, letakkan sedikit minyak sahaja, okay..
1 Ulasan
setuju, kami pun sama
BalasPadamkena bagi perut kenyang dulu baru tido
kalau tidak memalam terjaga sebab lapo
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.