Lunch Simple Dengan Ikan Goreng Dan Terung Goreng Berlada

Lunch Simple Dengan Ikan Goreng Dan Terung Goreng Berlada. Hujung minggu dah tiba. Hari sabtu kena kerja half day, hujan pula sepanjang pagi ini. Bila masa nak balik, terfikir nak makan apa pulak. Nak masak pun rasa malas, maka on thd way balik tu, saya tapau kat satu restoran. Ada beberapa "tangkapan" lauk yang saya dapat, tetapi banyak pilihan lauk dah habis. 

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Lunch Simple Dengan Ikan Goreng Dan Terung Goreng Berlada


Hasil masak kat dapur orang tadi (tapau lauk), dapatlah beli ikan goreng dengan sayur goreng jawa dengan terung goreng berlada.

Ikan tu di goreng tepung, sedap dan rangup. Katanya ikan kerisi putih. Saya pun tak kenal rupa ikan, yang penting ikan tu memang sedap digoreng.

Lunch Simple Dengan Ikan Goreng Dan Terung Goreng Berlada

Ada terselit mee goreng lebihan sarapan pagi tadi. Makan dengan nasi putih dan sayur goreng jawa, jadi lah nasi ambang. Hehe.. 

Lunch Simple Dengan Ikan Goreng Dan Terung Goreng Berlada

Terung goreng berlada. Ada ikan bilis yang dikisar kasar dengan daun limau purut. Sedap pulak idea masak terung macam tu. Lain kali nak cuba lah.


Lunch Simple Dengan Ikan Goreng Dan Terung Goreng Berlada

Bila dah kenyang, mata mula la mengantuk. Kat luar rumah masih lagi hujan gerimis. Langit pun mendung je. 

Berehat seketika pun elok untuk kesihatan, mata yang mengantuk usah ditahan-tahan. Nanti boleh pening jadinya.. hehe

Selamat berhujung minggu semua 🤩✌

Catat Ulasan

0 Ulasan

close