Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Mee Hoon Goreng Seafood Sedap Dan Lembut

Resepi Mee Hoon Goreng Seafood Sedap Dan Lembut. Mee hoon goreng bukan senang nak masak tau, ada kala keras macam wayar mee hoon tu,, ada pulak tu mee hoon atau bihun yang di goreng jadi lembik tak boleh dimakan. Jadi, macam mana cara masak mee hoon sesedap rasa, selembut sutera yang boleh membuatkan kita makan berulang kali..?

Dalam entri kali ini, marilah kita mencuba membuat mee goreng lembut dan sedap yang disukai oleh seisi keluarga. 

Resepi Mee Hoon Goreng Seafood Sedap Dan Lembut

Resepi Mee Hoon Goreng Seafood Sedap Dan Lembut

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Resepi Mee Hoon Goreng Seafood Sedap Dan Lembut


Ada banyak resepi versi macam-macam yang saya jumpa, ada versi basah, ada mee hoon kering, ada mee hoon Singapura, ada mee hoon seafood dan banyak lagi la.. karang tulis semua tak muat nak bubuh resepi pulak.. hehe

BAHAN-BAHAN:

200 gram mee hoon, celur sekejap hingga lembut
1/2 bahagian kubis bulat, hiris halus
1 mangkuk taugeh, buang ekor 
1 cawan hirisan sotong yang telah direbus sekejap (untuk lembutkan dia)
1 keping fish cake, hiris nipis
1 cawan isi udang
1/4 cawan cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
2 biji telur, di buat "scramble egg"
Kicap cair secukupnya
6 biji bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 camca besar udang kering - kisar 
Sedikit air

Cara menyediakan mee hoon sedap, lembut dan terbaik!


1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan cili kisar, sos cili dan sos tiram. Tumis hingga sedikit garing. Masukkan sedikit air

2. Tambah fish cake, udang, sotong dan telur, kacau rata dan masukkan mee tadi, gaul rata-rata, gunakan api sederhana. 

Resepi Mee Hoon Goreng Seafood Sedap Dan Lembut

Resepi Mee Hoon Goreng Seafood Sedap Dan Lembut

3. Masukkan kobis hiris dan gaul lagi. Rasa dan jika perlu renjiskan dengan kicap cair ( jika suka) sehingga mendapat rasa yang sesuai.

4. Last sekali, masukkan taugeh, gaul seketika dan matikan api. 

Hidangkan mee bersama hirisan timun, taburan bawang goreng dan daun sup. Juga sos cili kegemaran....

Selamat mencuba. Dah makan sekali pasti nak berkali-kali. Mee hoon goreng seafood ni faveret saya sekeluarga, tapi dulu saya kurang pandai nak adjust kelembutan hasil mee hoon tu. Tapi berulang kali cuba  barulah jadi betul-betul apa yang saya nak.

Memnag betul, memasak memerlukan percubaan beratus kali barulah dapat apa yang kita harapkan, tak sedap kali ini, kita cuba lagi lain kali sampai jadi!

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close