Lifestyle Resepi Info Terbaik

Adab Panduan Bertamu Ke Rumah Orang

Adab Panduan Bertamu Ke Rumah Orang. Datang berkunjung ke rumah kawan atau saudara mara kenalah ada adabnya, hormat menghormati dan sebagainya. Bukan datang menerjah je, tidak datang sesuka hati dan yang paling penting bila dah masuk rumah, kenalah butakan mata. Tak perlu komen itu dan ini perihal dalam rumah orang. 

Menyantuni tetamu itu sunnah, tetapi kita kena juga jaga adab kita sebagai tetamu.

Rasulullah SAW Bersabda,

“Sesungguhnya seorang tetamu yang datang mengunjungi seseorang, membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit, Apabila ia memakan sesuatu, Allah SWT akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi tersebut.”

Maka, hormatilah antara satu sama lain. 

Adab Panduan Bertamu Ke Rumah Orang

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Adab Panduan Bertamu Ke Rumah Orang



Saya suka menerima tetamu. Kalau tetamu nak datang, saya sendiri tanya menu apa yang mereka teringin nak makan. Seminggu sebelum mereka datang saya sudah beria kemas rumah. 

Tetapi saya kurang senang jika tetamu tu buat saya tak selesa. Bila kali pertama, kedua, buat saya kurang selesa, saya sukar untuk menerima kehadiran orang yang sama untuk kali ketiga.

Benar tetamu membawa rezeki, tetapi tetamu juga perlu tahu peranan dan adab sebagai tetamu. Saya kongsikan disini adab bertamu untuk panduan kita bersama.

1. Pilih waktu yang sesuai untuk ziarah. Sebaiknya hubungi tuan rumah terlebih dahulu sebelum datang. Elakkan datang waktu yang kebiasaannya orang belum bersedia ataupun masa untuk berehat dan tidur. 

2. Sebaiknya bawa buah tangan tak kisahlah walaupun cuma pisang goreng gerai tepi simpang.

3. Kalaulah hidangan tuan rumah tidak menepati selera kita atau tak semewah mana, tak perlulah kita beritahu tuan rumah. Mungkin itu saja makanan yang tuan rumah mampu hidangkan.

4. Sebaiknya tidak ziarah dalam tempoh yang lama sehingga menyebabkan tuan rumah tidak selesa dengan kehadiran kita atau dikhuatiri mengganggu perancangan awal tuan rumah.

5.Mendoakan tuan rumah sebelum pulang.

Rasulullah pernah menziarahi seorang sahabat Nabi bernama Saidina Busr. Beliau telah menjamu Rasulullah dengan makanan. Ketika ingin pulang, Saidina Busr berkata: Doakan kami Wahai Rasulullah. 

Lalu Rasulullah mendoakan mereka:

اللهُمَّ بَارِكْ لَهُم فيما رَزَقتهْمْ، واغْفِر لهم وارحَمْهُم

“Ya Allah berkatilah mereka dengan rezeki yang engkau berikan kepada mereka, ampunilah mereka dan rahmatilah mereka.” (HR Muslim).


6. Tak salah berkongsi cerita, tetapi kita perlulah menjaga tutur kata kita. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar. Dengan satu ayat saja mampu mengguris hati dan perasaan orang lain.

7. Jika anak kita bising atau duduk tak diam, sentiasa awasi dan menegur perbuatan anak kita. Pilih rumah yang bersesuaian untuk kita ziarah jika kita mempunyai anak kecil yang aktif. ( Tiada perhiasan kaca dan ada kawasan lapang untuk anak bermain). Kita kenal anak kita, jadi jangan biarkan orang lain kurang senang dengan anak kita.

8. Bila berkunjung ke rumah orang jadilah 'si buta'. Dan bila pulang, jadilah 'si bisu'. Tidak sesekali membuka aib tuan rumah, walaupun ada saja yang tak kena dimata kita.

Semoga perkongsian ini bermanfaat Insya Allah ❤️

Sumber - FB Syahirah Omar.

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close