Cara Niat Dan Panduan Solat Sunat Qobliyah Subuh

Cara Niat Dan Solat Sunat Qobliyah Subuh. Apa itu sunat qobliyah subuh? Bilakah waktunya yang sebenar kita solat sunat tersebut? Adakah sebelum azan subuh atau sesudah azan subuh?

Solat sunat qobliyah adalah solat sunat sebelum solat fardhu. Solat Sunat qobliyah subuh yang selalu disebut itu adalah solat sunat sebelum solat subuh. Kita boleh je buat solat sunat 2 rakaat sebelum setiap solat fardhu yang lain, tak ada masalah. Malahan amat digalakkan.

Solat sunat sebelum solat subuh adalah solat yang tergolong dalam sunat muakkad, iaitu sangat digalakkan. Waktu solatnya adalah selepas azan, kemudian buat solat sunat 2 rakaat dan kemudian diikuti dengan solat subuh.

Kekurangan dalam solat fardu hanya dapat diperbaiki dengan solat sunat yang kita lakukan.

Dan pastinya kebaikan yang datang bersama solat sunat ini amat besar.

Tidak ada perkara yang Allah izinkan dilakukan oleh para hambaNya yang lebih baik daripada solat dua rakaat. Dan akan ditaburkan kebaikan ke atas kepala seseorang sepanjang dia mengerjakan solat.

— Hadis direkodkan oleh Ahmad, at-Tirmizi dan disahkan oleh as-Suyuti
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Cara Niat Dan Panduan Solat Sunat Qobliyah Subuh


Nak jadi orang terkaya di dunia? Siapa tak nak kan? Marilah sama-sama kita dirikan solat sunat qobliyah atau solat fajar, iaitu sebelum solat subuh.

Cara niat solat sunat qobliyah




Maksudnya dalam bahasa melayu;

Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat Qabliyyah kerana Allah Taala.

Kelebihan solat sunat sebelum solat subuh


1. Lebih baik dari seluruh dunia dan isinya. Ada yang kata umpama orang yang paling kaya di dunia. Wallhua'lam. Iya lah, solat 2 rakaat sebelum subuh ini menjadikan kita umpama melebihi milik dari seisi dunia.

2. Lebih penting daripada nyawa sendiri

Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah SAW berkata:

Janganlah kamu tinggalkan solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh, sekalipun kamu dikejar oleh kuda (walaupun kamu dikejar oleh musuh)

— Hadis ini direkodkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Baihaqi dan at-Tahawi

3. Amalan sunat yang paling dipelihara oleh Rasulullah SAW

Untuk rujukan panduan solat sunat qobliyah subuh, bolehlah klik pada pautan sumber di bawah. Ada disertakan step by step cara nak solat sunat qobliyah tersebut.


Rujukan sumber:

Catat Ulasan

0 Ulasan

close