Tadi kita orang berbuka dengan karipap bakar dan popia sira. Macam mana rupa karipap bakar tu? Macam karipap goreng biasa jugak. Encik suami kata, tak nampak pulak dia bakar.. hehe


Berbuka Puasa Dengan Karipap Bakar Dan Popia Sira
Sewaktu makan karipap bakar tu, inti dia lain-lain tau. Setiap inti pun ada harga berbeza, contohnya kalau inti daging kambing harganya mahal sikit, dalam RM1.50 seketul. Kalau inti telur, ada murah sikit.
Berbalik kepada karipap bakar, betul ke karipap itu dibakar?? Ada yang kata penjual tu nama dia pak Bakar, itu jadi namanya karipap bakar. Haha.. iya ke?
Nampak tak karipap tu? Besar-besar saiz dia, makan sebiji pun dah kenyang. Ada macam-macam inti antaranya daging lembu, telur, ayam dan daging kambing.
Kalau nak buat sendiri pun boleh, tapi kena lah tukar nama kepada Bakar.. baru ngam.
0 Ulasan
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.