Untuk makluman, tawaran haji diberikan mengikut tarikh pendaftaran haji yang dilakukan. Sekiranya ingin menunaikan haji lebih awal dari tahun pilihan adalah disarankan untuk membuat rayuan haji bergantung kepada kekosongan.
Dalam perkembangan sama, bercakap mengenai ujian RT-PCR yang perlu dijalankan bakal jemaah, ujian tersebut perlu dibuat 72 jam sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci.
“Sekiranya bakal jemaah disahkan positif, kuota mereka akan digantikan dengan jemaah lain yang berada dalam giliran selepas angka 14,306,” -KOSMO! ONLINE
Semakan Tawaran Mengerjakan Haji Tahun 2022 Bersamaan 1443 Hijrah
Sebarang semakan tawaran boleh disemak di website THiJARI.

Difahamkan, penerbangan bagi kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dijadual berlepas pada 31 Mei ini, selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkenaan.
Kos Tambang Haji
Kos Bayaran Haji Setiap Jemaah Bagi Musim Haji 1443H/2022M ;-
⛔ RM10,980 bagi jemaah haji kumpulan B40
⛔ RM12,980 bagi jemaah haji kumpulan bukan B40
Rayuan Haji
Bagi rayuan haji pula, ia boleh dilakukan melalui platform dalam talian THiJARI yang sudahpun dibuka dengan memberi keutamaan kepada rayuan mahram.
TH kini sedang giat membuat persiapan terakhir untuk membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci setelah dua tahun tertangguh kerana pandemik COVID-19.
TH kini sedang giat membuat persiapan terakhir untuk membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci setelah dua tahun tertangguh kerana pandemik COVID-19.
Bakal haji yang ingin membuat rayuan haji, sila klik di sini.
Untuk sebarang pertanyaa, sila hubungi (THCC) di talian +603-6207 1919
Maklumat Kursus Asas Haji
Boleh layari website Tabung Haji di sini
Pendaftaran Haji
Pendaftaran haji boleh dilakukan di mana-mana saluran yang berikut:
- Kaunter TH
- THiJARI
- Rakan Strategik TH
- THCC (03-6207 1919)
Untuk maklumat lanjut boleh merujuk https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/maklumat-am/pendaftaran-haji-off

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.