Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Makan Malam Dengan Sate Dan Siakap 3 Rasa

Makan Malam Dengan Sate Dan Siakap 3 Rasa. Makan malam yang agak lewat sebab pergi gunting rambut si bongsu dulu, esok hari sabtu dah nak kena balik asrama. Jam dah pukul 9.00 malam pun restoran masih penuh dengan orang. Almaklum hari cuti hujung minggu, ramai yang ambil kesempatan untuk gantung kuali.. Hehe.. makan kat luar la jawwbnya..

Makan Malam Dengan Sate Dan Siakap 3 Rasa

Hidangan sate ayam dan lembu, memang kaw! Korang tengok saiz sate pun dah tahu, besar-besar dan lembut.

Makan Malam Dengan Sate Dan Siakap 3 Rasa

Makan Malam Dengan Sate Dan Siakap 3 Rasa


Macam biasa siakap 3 rasa menu faveret si bongsu, kalau ikut saya nak siakap stim lemon. Tetapi kita bagi chance budak nak balik asrama, makan lah sedap-sedap ya. Nanti kat asrama dah busy, nak makan pun kekadang skip je.

Makan Malam Dengan Sate Dan Siakap 3 Rasa

Sotong goreng tepung yang rangup. Isi sotong pun lembut, senang nak makan. Tak liat. Sebenarnya ada je cara nak buat sotong goreng tepung tak liat. Korang boleh google, okay 👌

Makan Malam Dengan Sate Dan Siakap 3 Rasa


Kedua-dua menu faveret si bujang bongsu. Siakap 3 rasa dengan telur dadar. Padahal kat rumah dah selalu makan, kat restoran jugak yang sedap katanya.. 

Makan Malam Dengan Sate Dan Siakap 3 Rasa

Selain dari menu di atas, ada juga order tomyam campur dan kailan goreng biasa. Tapi tak sempat snap sebab pesanan belum sampai. Bila sampai je, kita dah mula makan, hehe

Secara keseluruhan, makan menu macam tu tak termasuk harga sate.. dalam lebih kurang RM75 - RM80. Okay la harga dia bagi kami. Portion dia pun sesuai untuk 3 orang dewasa makan. Memang puas hati.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments