Lifestyle Resepi Info Terbaik

Sup Ikan Lebih Sedap Guna Rempah Sup Adabi

Sup Ikan Lebih Sedap Guna Rempah Sup Adabi. Rempah sup adabi ni kalau dah guna tak payah letak sup bunjut semua. Rempah sup tu dah lengkap segala bahan, cuma nak bau lebih segar saya akan tambah kayu manis dengan bunga cengkih dan bunga lawang. 

Semalam saya masak sup ikan kambing, sedap dan segar rasanya. Saya lebihkan daun sup! Memang yummy! Kuah sup ikan pun habis licin anak bujang kerjakan. Ikan kambing ni susah nak jumpa, bahagian kepala ikan ni serupa macam kepala kambing. Kalau tak kenal boleh carik kat Google ya..

Sup Ikan Lebih Sedap Guna Rempah Sup Adabi

Sup Ikan Lebih Sedap Guna Rempah Sup Adabi

Bahagian ekor sup ikan kambing. Lembut sedap je isi dia. Lembut tapi tak hancur la.. 

Sup Ikan Lebih Sedap Guna Rempah Sup Adabi


Nah. Kat bawa ni saya share resepi masak sup ikan guna rempah sup adabi. 

Bahan-bahan:

1 ekor ikan merah @ ikan siakap - bersihkan dan potong 4 bahagian
1 biii bawang merah besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 sudu besar rempah sup Adabi - bancuh dengan air
1 biji tomato - belah 4
1 batang lobak merah - hiris kasar
Daun sup secukupnya
Perencah 3 serangkai - kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
Minyak untuk menumis

Sup Ikan Lebih Sedap Guna Rempah Sup Adabi

Gambar sup ikan kambing bahagian kepala, bahagian yang paling adventure nak makan tapi paling sedap. 


Cara menyediakannya:


1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang hingga garing dan naik bau.

2. Masukkan air sedikit lalu masukkan lobak merĂ h. Masukkan pula rempah sup adabi tadi. Kacau dan biar lobak empuk.

3. Kemudian masukkan ikan, tomato dan daun sup.

4. Kalau kurang air, boleh tambah. Perisakan dengan garam secukupnya.

5. Sup ikan anda dah boleh di angkat dan di hidangkan.

Selamat mencuba sup ikan guna rempah sup adabi. Keluarga anda mesti suka akan rasanya yang segar.

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

Random Posts

close