Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tambah Koleksi Jewellery Box, Kali Ini Warna Hitam Pulak

Tambah Koleksi Jewellery Box, Kali Ini Warna Hitam Pulak

Tambah Koleksi Jewellery Box, Kali Ini Warna Hitam Pulak

Tambah Koleksi Jewellery Box, Kali Ini Warna Hitam Pulak

Oleh kerana terpengaruh pada iklan kat IG kedai emas, kita pun ikut terbeli kotak barang kemas, kali ni warna hitam pulak. Jewellery box kali ni beli dari kedai emas, yang sebelum ini beli di Shopee.
 

Tambah Koleksi Jewellery Box, Kali Ini Warna Hitam Pulak
Jewellery box warna hitam dan pink.. 

Tambah Koleksi Jewellery Box, Kali Ini Warna Hitam Pulak. Sebelum ni beli kotak barang kemas warna pink. Saiz besar jugak dan ada 2 tingkat. Cuma yang terbaru ni ada pemegang atas dia. Macam beg mekap gitu.. hehe


Antara koleksi barang kemas 916 saya, beli untuk guna dan pelaburan sekali. Nak tukar tukar pakai pun senang, ada banyak pilihan. Ada yang kecil dan besar. Tengok keadaan dan acara yang dihadiri.



Ada orang kata simpan barang kemas banyak-banyak hukumnya haram. Nanti masuk dalam api neraka. Kalau simpan emas sesaja tak guna dan tak bayar zakat. Memanglah berdosa. Tapi kalau beli kemudian pakai, dan bayar zakat.. insya Allah, Allah redha dengan harta yang kita ada. Sambil tu, saya ada impian nak buka kedai emas. Jadi beli sikit-sikit cari pengalaman orang berurusan dalam industri emas tulen. Kita kutip ilmu berjual beli emas untuk kegunaan masa depan nanti.


Kotak barang kemas @ jewellery box yang baru dibeli ni berwarna hitam dan berkualiti jugak pembuatannya. Bahagian dalam box ni siap ada cermin. Memang cantik dan menawan.

Lepas ni saya nak beli alat penimbang emas pulak.. hehe. Kita sedia sikit-sikit dulu, nanti kalau dah tiba masanya tinggal tambah mana yang belum ada. 

Semangat deh!! Semoga Allah izinkan..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close