Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Info Tentang Kos Upah Emas

Info Tentang Kos Upah Emas

Info Tentang Kos Upah Emas

Kos upah emas adalah antara faktor utama orang kena fikir banyak kali nak beli emas. Jika ada kedai emas offer harga emas free upah, saya antara yang akan sokong dan beli emas dia.. hehe. Tetapi ada sikit risiko la, kekemasan rekaannya agak kurang berbanding kedai emas yang menggunakan tukang emas yang pakar. Pilihan di tangan anda, ada duit lebih boleh beli dengan mana-mana kedai emas.


APA ITU KOS UPAH EMAS? Kenapa perlu kos upah emas? Tak ada kos upah tak boleh ke? ” Persoalan ini sering ditanyakan oleh pelanggan. Jadi hari ini admin nak jawab soalan-soalan supaya anda semua faham konsep kos upah. Bagi setiap urusniaga pembelian produk emas, jumlah yang perlu dibayar pelanggan adalah harga emas ditambah dengan kos upah.


KOS UPAH = UPAH TUKANG = KOS TUKANG ⛔ 

Kos upah biasanya akan dikenakan kepada pelanggan bagi setiap produk emas yang dibeli. Kos upah adalah kos yang dibayar kepada tukang emas bagi membentuk dan membuat barang kemas. Ia ditentukan mengikut kepada rekabentuk dan kadar kerumitan produk tersebut. Semakin rumit reka bentuknya, semakin tinggi kos upah.

Kadar upah tukang emas


Biasanya dalam kadar RM50 – RM400 atau lebih. Semakin latest design makin mahal upahnya. Jangan pula anda terkejut jika ada kos upah yang lebih dari itu. Bukan mudah untuk membuat barang kemas yang berkualiti dan cantik. Ini antara sebab kenapa perlu ada upah dan berbeza ikut design berdasarkan masa dan kesusahan tukang mahir menyiapkan setiap item.

Sebab itu, semakin mahal kos upah tukang emas, hasil reka bentuk emasnya pun semakin halus dan cantik. Contohnya Habib Jewels. Lihatlah sentuhan kehalusan rekaannya. Memang saya akan bandingkan kedai yang free upah dengan kenaan upah tukang emas.. memang jauh beza. 

Info Tentang Kos Upah Emas

Jika anda tak kisah tentang kehalusan seni rekaan barang kemas, anda boleh membeli dari kedai yang offer free upah. 

Semoga perkongsian di atas tentang kos upah emas menambahkan lagi kefahaman anda tentang jual beli emas. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close