

Cantik tak rantai tangan roti bun dengan candy coco ni? Try ambil gambar guna Samsung phone saya.. jadi lah buat kenangan. Kenangan dan usaha saya untuk menambah pelaburan sedia ada. Berkat kerja keras dan izin Allah..

RT fesyen yang dibeli kali ni dipanggil RT roti bun dengan Coco candy. Sebab dia combine kan dua fesyen RT terlaris dalam pasaran. Maka jadilah seketul RT yang comel, nampak lembut dan ayu digayakan ke mana saja.. gitu!!
Harga beli RM4,937 percuma upah. Kalau nak jadi ahli seumur hidup, bayar RM50, dapatlah sekeping kad keahlian. Saya dapat VVIP member club!

Cantik tak RT ni? Nampak unik kan? Sebab dia kombinasi rantai tangan terhangat di pasaran. Roti bun tu saiz 1.8 cm. Agak lebar dan nampak besar. Lepas tu chrome dia berkilau macam berlian. Amat shining.. dan nampak eksklusif. Boleh digayakan ke majlis kenduri kahwin atau perjumpaan dengan kawan-kawan lama. 😅😅
Tapi ingat, simpan emas tu boleh tetapi jangan lupa dizakatkan. Insya Allah simpanan tu berkat dan bermanfaat.
Baca : New Entry ....


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.