Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Biodata Ulama Tersohor Dunia, Yusuf al-Qaradhawi

Baca : GAMBAR LOKASI ....

Ulama tersohor dunia kelahiran Mesir, Prof Yusuf al-Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada 26 September 2022 pada usia 96 tahun. Berita duka pemergian Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) itu diumumkan di akaun media sosial rasmi Allahyarham. Beliau adalah tokoh islam yang disegani dan menjadi rujukan di seluruh dunia melalui pelbagai terbitan buku-bukunya dalam bidang keislaman, al Quran dan sunnah. .Ulama. Beliau ialah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia

Kisah Yusuf al Qardhawi Ketika Kecil


Al-Qaradhawi menyebutkan bahawa beliau berasal dari keluarga yang kuat beragama dan bapanya bekerja sebagai petani dan keluarga sebelah ibunya bekerja sebagai peniaga. Beliau menjadi yatim ketika berusia 2 tahun setelah ayahnya meninggal dunia. Kemudian beliau dipelihara oleh bapa saudaranya bernama Ahmad. Bapa saudaranyalah yang menjadi bapa dan sepupu-seppunya sebagai saudara-saudara beliau. Beliau telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan mendapat keistimewaan daripada keluarga. Malah kata Yusuf sendiri: “ itulah gantian daripada takdir yang menjadikan saya yatim ketika berusia masih terlalu awal.”

Biodata Ulama Tersohor Dunia, Yusuf al-Qaradhawi

Ketika berusia 5 tahun, Yusuf telah dihantar ke kuttab di kampungnya untuk menghafaz al-Quran. Apabila usianya menjangkau 7 tahun, beliau memasuki sekolah rendah (madrasah Ilzamiyyah) yang diuruskan oleh Kementerian Pendidikan. Di sekolah ini, beliau belajar matematik, sejarah, kesihatan dan lain-lin. Yusuf sejak kecil lagi mendapat pendidikan secara formal melalui sekolah kerajaan di sebelah pagi dan pendidikan agama (al-Kuttab) di sebelah petang.

Yusuf menyebutkan : “ sebelum usia saya mencapai 10 tahun, saya telah dikurniakan oleh Allah dengan dapat menamatkan hafalan al-Quran sepenuhnya bersama pelajaran hukum-hukum tawjid.Saya masih tidak lupa ketika mereka mengadakan perayaan khatam al-Quran untuk saya seperti kebiasaan yang dilakukan oleh al-Kuttab. Mereka memberi minum dan kuih muih. Saya membca akhir surah-surah al-Quran dari surah al-Dhuha sehingga surah al-Nass. Ketika saya menbaca akhir setip surah mereka menyambutnya dengn ucapan takbir dan tahmid. Pelajar bertakbir bersama saya. Begitulah kebiasaan perayaan yang dilakukan pada setiap pelajar di kuttab.”.

Biodata Ulama Tersohor Dunia, Yusuf al-Qardhawi


Syeikh Prof. Dr. Yusuf Abdullah al-Qaradawi (Bahasa Arab: يوسف القرضاوي, translit. Yūsuf al-Qaraḍāwī; dilahirkan pada 9 September 1926 – dan meninggal dunia pada 26 September 2022 pada usia 96 tahun. Beliau ialah seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal. Beliau merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) dan presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars).

Mendapat gelaran Shaykh. Nama sebenarnya ialah Yusuf 'Abdullah al-Qaradawi dan dilahirkan di Mesir. Beliau
Wafat 26 September 2022 (umur 96) di 
Doha, Qatar.

Karya yang popular Fiqh az Zakat, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, Fiqh al Jihad dan lain-lain. Beliau mendapatkan pendidikannya di Universiti al-Azhar.


Beliau menghafaz keseluruhan al-Quran ketika beliau berusia kurang 10 tahun. Beliau menyertai Institusi al-Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah. Kemudian, beliau memasuki Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya (bersamaan dengan ijazah BA sekarang ini) pada sekitar tahun 1952-53. Beliau juga memperolehi Ijazah Pengajaran daripada Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954.

Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi. Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial).

Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib, guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar. Beliau telah menerbitkan lebih 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi. Antaranya bukunya yang terkenal ialah Halal dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa Akan Datang. Karya beliau juga banyak diterjemah dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu.


Antara karya atau buku tulisan beliau adalah:


1) Sunnah vs. Bid’ah

2) Fiqh Jihad Jilid 1 dan Jilid 2

3) Masa dalam Kehidupan

4) Mukjizat Sabar dalam Al-Quran

5) Fatwa untuk Wanita

6) Wanita-Wanita Syurga

7) Fatwa Palestin

8) Fiqh Hiburan dan Rekreasi

9) Fiqh Keutamaan

10) Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf

11) Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 1 (Al-Quran, Hadith, dan Akidah)

12) Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 2 (Ibadah)

13) Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 3 (Wanita dan Keluarga) dan banyak lagi.

Sumber:

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close