Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Makan Lamb Chop Di Aeon

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Makan Lamb Chop Di Aeon Taman U. Rasanya dah lama tak datang Aeon @ Jusco Tmn U. Sejak dari PKP dan sehinggalah sekarang, bulan Oktober 2022. Oleh kerana datang berkunjung sebab nak cari barang anak, so kita tiada tujuan bershopping la.. sekadar nak cuci mata je. Keadaan Aeon Taman U pada pukul 11.30 pagi masih agak lengang. Mungkin ramai yang masih belum keluar rumah sebab hujung minggu.

Menjejak 12.15 tengahari, kami masuk ke dalam food court Aeon. Banyak juga yang belum buka atau memang dah tutup. Tak pasti pulak..

Saya order lamb chop. Dulu pernah makan di sini, lamb chop dia agak sedap. Yang buat sedap tentulah sos black pepper dan kelembutan daging kambingnya. 

Makan Lamb Chop Di Aeon

Lamb chop yang saya order. Harga RM21.xx. Dekorasi cantik. Nampak sayur (coleslow) macam sedap.. portion pun banyak. Tapi selepas sesuap dua.. rasa lain sikit. Bau kambingnya kuat. Coleslow rasa masam sikit. Daging okay la.. lembut. Tapi tu lah.. bau lamb agak kuat. So.. I serah pada anak bujang suruh habiskan. Memang dah kurang rasa dan sos blackpepper pun dah tak kaw lagi..

Makan Lamb Chop Di Aeon

Makan Lamb Chop Di Aeon

Anak ke dua pulak order chicken chop. Alhamdulillah.. habis dia makan. Sedap katanya. Hmm.. dia mana nak condemn orang. Semua apa orang bagi atau masak.. dikatanya sedap. Atau memang sedap kut.. pada tekak dia. Hehe..

Apa pun.  jika korang makan lamb chop kat Aeon lain kali dapat rasa yang sedap dan fresh.. itu rezeki korang. 

Macam kami, walau kurang sikit rasa dan sosnya.. anak bujang tetap habiskan. Jangan membazir katanya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close