Lifestyle Resepi Info Terbaik

Bubur Nasi Dan Sup Cendawan Marrybrown Pilihan Dihati

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Bubur Nasi Dan Sup Cendawan Marrybrown Pilihan Dihati. Bila anak-anak ada kat rumah, mula lah dia orang ajak makan fast food. Pilihan utama adalah Marrybrown sebab saya nak makan sup cendawan. Yang bujang bongsu pula nak makan bubur nasi. Maka, menu utama kami adalah bubur nasi dan sup cendawan.  

Bubur Nasi Dan Sup Cendawan Marrybrown Pilihan Dihati

Bubur nasi yang dicampur dengan hirisan ayam goreng dan juga keropok. Nampak simple tapi anak kata sedap. Selain itu dia ada order kentang lenyek... di makan bersama bubur nasi. Pelik betul citarasa dia. Hehe

Bubur Nasi Dan Sup Cendawan Marrybrown Pilihan Dihati

Sup cendawan dimakan bersama roti goreng, bagi saya okay je. Makan cicah sup  ketika panas-panas. Memang sangat sedap di tekak. Haha.. atau sebab lapar? Entahlah. Tapi bagi saya sup cendawan di Pizza Hut lebih halus dan hirisan cendawan masih wujud..

Bubur Nasi Dan Sup Cendawan Marrybrown Pilihan Dihati

Bubur Nasi Dan Sup Cendawan Marrybrown Pilihan Dihati

Abang sulungnya dan sang ayah order korean chicken set dan kami tambah lagi dengan 2 ketul burger ayam Marrybrown (MB). Burger ayam paling sedap bagi saya. Rakan-rakan pun ramai yang cakap, chicken burger kat MB sedap walaupun simple je. Less is more, orang kata..

Bubur Nasi Dan Sup Cendawan Marrybrown Pilihan Dihati

Selain itu kami ada juga order lucky plate ala blackpepper. Punyalah beriya order lucky plate perisa blackpepper (chick-a-licious), rupanya dicurah kuah blackpepper atas ayam gorengnya. Hilang dah rasa rangup ayam goreng tu.. next time nak order dinner plate yang biasa je. Lebih yummy!!

Namun setiap orang ada taste masing-masing. Mungkin apa yang sedap bagi kami tetapi sebaliknya pada orang lain. Tak gitu? Jadi, makan elok-elok, bayar dan bersyukur masih dapat makan. Hehe..

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close