Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


PRU - 15 : Siapa Yang Boleh Memohon Undi Pos?

Baca : GAMBAR LOKASI ....

Tarikh Permohonan Undi Pos PRU-15. Siapa Yang Boleh Memohon Undi Pos? Tarikh tutup bagi kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, ahli / pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas media) adalah pada 2 November.

Manakala, kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) pada 23 Oktober dan kategori 1C (agensi/organisasi) pula 26 Oktober.

Untuk permohonan undi pos bagi Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli / Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media), hendaklah memohon secara manual menggunakan Borang 1A. Borang boleh dimuat turun dari portal rasmi SPR dan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan.

Siapa Yang Boleh Memohon Undi Pos?

Alamat dan maklumat Pejabat Pegawai Pengurus boleh dirujuk di portal rasmi SPR. Manakala bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan 1C (agensi/organisasi) pula, permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) melalui portal MySPR.

Kategori Pengundi Pos


Terdapat tiga (3) kategori undi pos:

i. Kategori 1A:

Anggota polis dan tentera yang tidak dapat hadir undi awal kerana bertugas, petugas media yang menjalankan urusan liputan penjalanan pilihan raya, Ahli/pegawai SPR dan petugas pilihan raya.
Kategori ini perlu memohon undi pos secara manual menggunakan Borang 1A*.
ii. Kategori 1B:

Warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara dan telah layak mengundi. Kategori ini perlu memohon undi pos secara atas talian (online) melalui portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login

iii. Kategori 1C:

Anggota 9 Agensi Kerajaan dalam sektor kesihatan dan keselamatan.
Kategori ini perlu memohon undi pos secara atas talian (online) melalui portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login

iv. Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara:

Pegawai Kerajaan dan pasangan serta pelajar di institusi pengajian tinggi dan pasangan yang bermastautin di luar negara dan telah didaftarkan sebagai PTH luar negara. Kategori ini tidak perlu memohon undi pos kerana telah didaftarkan sebagai pengundi pos secara automatik.

Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments