Lifestyle, Resepi, Keluarga Dan Informasi Terbaik

Happy Yummy Day Dengan Siakap Stim Lemon

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Happy Yummy Day Dengan Siakap Stim Lemon. Makan-makan dengan family, makan santai kat kedai makan biasa yang tak perlu protokol. Lepak-lepak sambil makan dan berbual tentang anak dan anak-anak. Haa.. macam ramai kan anak tu. Padahal 2 orang je. Tak apa.. yang penting kita rasa anak kita ramai sebab perangai depa yang banyak.. Hehe

Lepak santai makan yummy apa hari ni? Biasa la, siakap stim lemon. Ini pun kena cop dulu dengan anak, jika tidak memanjang depa nak siakap 3 rasa. Akhirnya dapat makan menu mak bapaknya pulak. Malam ni menu yummy adalah siakap stim lemon, sotong goreng tepung, kailan goreng biasa, telur dadar kembung. Haha.. 

Happy Yummy Day Dengan Siakap Stim Lemon

Happy Yummy Day Dengan Siakap Stim Lemon

Happy Yummy Day Dengan Siakap Stim Lemon

Uols lihatlah kuah dia tu, yummy dan segar. Boleh hirup sampai habis dan kering kami ketjakan. Tulang-tulang ikan pun boleh serap kuahnya. Pekat dan masam manis. Rasa lemon tu yang buat dia naik. 


Happy Yummy Day Dengan Siakap Stim Lemon


Happy yummy day!! Lain orang lain caranya. Ada orang suka western. Kami pun suka jugak. Ada yang suka hidangan nasi arab, kami pun. Ada yang layan stemboat untuk yummy day depa. Its okay! To be okay all the time.. hehe..


Kita pun selalu bosan bila makan masakan sendiri. Sesekali makan la dari dapur orang lain dan air tangan yang berbeza. Anda akan rasa relief dan merupakan terapi juga. Betul tak?

Makan tak perlu mahal-mahal, yang penting kita mahukan moment dan situasi yang berbeza untuk hilangkan stress. Healing process, tempoh ketenangan tak perlu cari jauh-jauh. Makan dari masakan orang lain pun best jugak.. Cubalah..

Post a Comment

0 Comments

close