Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor Bagi Tahun 2023M /1444H

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor Bagi Tahun 2023M/1444H adalah RM7 dan RM13. Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan setelah selesainya Ramadan. Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).*sumber

Zakat Fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu-individu, sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki. Oleh sebab itu, tidak disyaratkan pada zakat fitrah seperti apa yang disyaratkan pada zakat harta, seperti nisab, haul dan sebagainya.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor Bagi Tahun 2023M /1444H adalah RM7

Kadar zakat fitrah negeri Johor adalah seperti berikut:

RM7.00 : Kadar ini dikenakan kepada umat Islam yang menggunakan Beras Tempatan pada harga RM 2.60 sekilogram dan ianya merupakan beras yang dimakan oleh majoriti rakyat Johor berbanding Beras Bukan Tempatan (Import).

RM13.00 : Kadar ini dikenakan kepada umat Islam yang memakan beras selain daripada Beras Tempatan pada harga purata RM 4.81 sekilogram seperti Beras Wangi, Beras Thai White Rice dan Beras Basmathi.

Kaedah Pembayaran :


1. Zakat Johor Online Payment
https://epayment.maij.gov.my

2. FAST PAY
http://fitrah.maij.gov.my
Video tutorial melalui Fast Pay

3. Johor Online Payment
https://onlinepayment.johor.gov.my
Video tutorial melalui Johor Online Payment

4. SnapNPay QR code - rujuk sini


Bantu share ya, moga bermanfaat untuk umat Islam, khusus Negeri Johor 🤲

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close