Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kenapa Di Haramkan Berpuasa Pada 10 Zulhijjah Dan Hari-Hari Tasyriq?

Kenapa Di Haramkan Berpuasa Pada 10 Zulhijjah & Hari-Hari Tasyriq? Setiap hukum hakam yang Allah keluarkan mesti ada sebab musabab dan penjelasannya. Dan setiap larangan Allah tersembunyi hikmah yang besar dan manfaat yang luas. 10 zulhijjah adalah hari perayaan terbesar bagi umat islam yang mana ia adalah hari keraian. Memperingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s. untuk mengorbankan anaknya dengan mematuhi perintah dari Allah SWT.

Kenapa Di Haramkan Berpuasa Pada 10 Zulhijjah Dan Hari-Hari Tasyriq?

Hari-hari diharamkan berpuasa


Hari yang diharamkan berpuasa bagi umat islam adalah :

1. Hari Syak iaitu hari yang apabila dia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Syaaban). Hal ini berdasarkan hadis daripada Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :

"Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka kepada Abu al-Kasim (Muhammad) SAW."

2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.s yang bermaksud :

"Bahawa Rasulullah SAW menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya Aidilfitri dan hari rayaq Aidiladha."

3. Hari-hari tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadis daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi SAW yang bermaksud :

"Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan minum juga hari mengingati Allah SWT."


✅ Puasa pada Hari Raya Aidilfitri iaitu pada satu Syawal
✅ Hari Raya Aidiladha iaitu pada sepuluh Zulhijjah
✅ Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah


Kenapa Di Haramkan Berpuasa Pada 10 Zulhijjah & Hari-Hari Tasyriq?


1. Larangan datangnya dari Allah SWT.

2. Hari Raya Aidil Adha dan Hari Tasyrik adalah hari yang dianjurkan untuk berkorban bagi golongan yang berkemampuan,

3. Allah telah menghadiahkan hari ini untuk umat Islam meraikan rezeki yang diberikan dengan makan dan minum serta mensyukuri nikmatnya.

4. Ini juga adalah untuk mengenang kembali peristiwa Aidil Adha atau korban yang pertama oleh Nabi Ibrahim AS yang taat menuruti perintah Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.

5. Tetapi atas keikhlasan Nabi Ibrahim AS terhadap perintah berikut Allah SWT telah menggantikan sembelihan Nabi Ismail AS kepada seekor kibas. Oleh itu, Nabi Ismail tidak perlu dikorbankan.

6. Allah SWT juga membuka peluang kepada umat Islam untuk bersedekah dengan ibadah korban. Daging-daging korban ini tentu sahaja akan diberikan kepada golongan yang memerlukan.

7. Hari-hari tasyriq juga dikenali sebagai Hari-hari Mina yang merupakan hari-hari makan minum juga hari mengingati Allah SWT. Jadi, menghormati majlis atau sambutan yang baik adalah digalakkan selain menjaga silaturrahim.

8. Pada hari tasyriq digalakkan untuk Berkorban Sekiranya Mampu, Bersyukur dan Mengingati Allah, Bertakwa Pada Allah, Berdoa dan Berzikir, Menyambung Silaturrahim dan bertakbir. Rujuk: Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber:

1. JAWI



Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close