Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Makan Malam Ringkas Dengan Bendi Goreng Telur

Makan Malam Ringkas Dengan Bendi Goreng Telur. Makan malam yang ringkas kerana tak sempat nak masak lauk lain, almaklum wanita bekerja terpaksa terkejar-kejar dengan masa. Masak mana yang sempat dan mudah!

Mulanya nak masak siakap cili api. Goreng ikan dah dekat pukul 6.30 petang. Pukul 6.45 En suami dah sampai rumah. Bahan untuk masak cili api belum ready, jadi kita batalkan niat tu. Lagi pun dah dekat Maghrib. Maka simpan balik bahan yang sudah dikeluarkan.. 😂😂 cukuplah lauk ikan siakap goreng.

Makan Malam Ringkas Dengan Bendi Goreng Telur

Sambil goreng ikan, kita masak pulak bendi goreng dengan telur. Telur masuk bila bahan tumisan dah garing. Goreng dan gaul rata telur dan bahan tumisan tadi. Lepas tu baru masukkam bendi. Kacau rata, perisakan dengan garam. Masuk air sikit. Tutup sekejap biar bendi masak. Lepas tu.. hidangkan 😅

Makan Malam Ringkas Dengan Bendi Goreng Telur

Makan Malam Ringkas Dengan Bendi Goreng Telur

Ikan siakap goreng rangup. Isi dia juicy je.. yang penting goreng dengan minyak tenggelam. 

Happy dinner you all 👌

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close