Header Ads

Epok-Epok Kentang Rangup Kulitnya Dan Sedap Intinya


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Epok-Epok Kentang Rangup Kulitnya Dan Sedap Intinya
Epok-Epok Rangup Kulitnya Dan Sedap Intinya. Epok-epok adalah sejenis karipap yang berbentuk bulat. Nak panggil karipap atau epok-epok pun boleh. Kalau dulu zaman mak-mak kita, ia dipanggil epok-epok. Dan, pada zaman mak kita jarang orang buat karipap pusar atau separuh bulat. Cuma bila keadaan berubah dan generasi kedua dan seterusnya yang ambil alih, mulalah ada innovasi. Hehe..

Kalau epok-epok kena pakai 2 keping tepung, kalau karipap separuh bulat, pakai sekeping je.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Tapi makan epok-epok lain sikit perasaannya sebab susah nak dapat. Kalau saya buat karipap bulat atau epok-epok, dengan karipap bujur @ separuh bulat tu, budak-budak akan makan yang bulat dulu. Siap berebut lagi..


Epok-Epok Kentang Rangup Kulitnya Dan Sedap Intinya


Gambar epok-epok sedap

Gambar epok-epok kentang



Bahan-bahan inti epok-epok:

6 biji kentang -racik halus
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 sudu makan udang kering - kisar
1 bungkus kecil serbuk kari daging adabi - kisar
5 tangkai cili kering - kisar
Daun sup secukupnya


Cara masak inti epok-epok:

1. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan garam dan gula secukupnya.

2. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu halus tadi. Tambahkan air biar semua kentang terendam. Biarkan hingga empuk. Masukkan daun sup bila dah masak dan cukup rasanya.

3. Biarkan sejuk.


Bahan-bahan buat kulit epok-epok rangup:

1 bungkus @ 1 kg tepung gandum
2 cawan minyak masak panas
1 sudu makan planta
Sedikit air garam

Cara buat epok-epok inti kentang kulit rangup


1. Tuangkan minyak panas masak ke dalam tepung. Uli atas dulang besar lagi senang. Masukkan planta. Gaul rata. Biarkan seketika.

2. Uli dengan air garam sedikit demi sedikit hingga tepung di tangan dah tak lekat. Biar lembut doh, jangan terlalu keras. Nanti kulit tak rangup.

3. Bila dah siap uli, bulat-bulatkan kepada beberapa bahagian supaya senang nak lenyek dan ratakan dengan cawan atau mesin. Kalau guna cawan, lenyek atas dulang sampai tepung jadi nipis. Kalau tebal kurang rangup.

4. Tekap bulat-bulat kecil ikut ukuran mulut cawan atau gelas yang anda suka. Kalau nak buat separa bulatan pun boleh.. ikut suka anda.

5. Masukkan inti dalam kulit karipap dan kelim dengan teliti. Kalau tak rapat, nanti terbuka waktu di goreng.

6. Kemudian goreng dalam minyak yang terendam. Balik-balikkan untuk dapatkan epok-epok yang cantik kekuningan.

Gambar bawah .. Epok-epok yang sudah siap. Goreng hingga kekuningan dan angkat.


Selamat mencuba resepi epok-epok kulit rangup dan inti kentang sedap dengan daun sup. Wow.. memang legend kuih epok-epok bulat ni. Budak-budak pun pelik tengok epok-epok bulat. Sebab biasanya nampak yang separuh bulat tu. Memang rare.. hihi

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.