Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Garam Itu Adalah Penawar Kepada 70 Jenis Penyakit

Garam Itu Adalah Penawar Kepada 70 Jenis Penyakit. Garam adalah salah satu bahan penambah perisa dalam segala masakan, jika tak letak garam maka tak sedaplah masakan tersebut. Garam menyeimbangkan rasa masakan jadi lebih sedap dan rasa berlemak jika bersesuaian. Namun gunakan garam secara teratur dan sederhana kerana apa saja amalan pemakanan yang berlebihan adalah tidak bagus untuk kesihatan.

Amalan penggunaan garam dalam kehidupan seharian terutama dalam amalan Rasulullah amatlah banyak contoh yang boleh diteladani.

Garam Itu Adalah Penawar Kepada 70 Jenis Penyakit

Contohnya, sebelum makan Rasullah S. A. W akan letak secubit garam di lidah untuk mengelakan santau dan untuk menapis makanan yang akan di makan.

Apabila Sampai di tempat baru, Rasulullah SAW akan ambil sedikit garam dahulu untuk menyesuaikan hormon terlebih dahulu di tempat baru.

Dan, garam juga boleh menjadi penawar kepada lebih 70 penyakit. Anda boleh baca penerangan nya di bawah.

Garam Itu Adalah Penawar Kepada 70 Jenis Penyakit


1. Dari Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib;

وَإِذَا أَكَلْتَ فَابْدَأْ بِالْمِلْحِ , وَاخْتِمْ بِالْمِلْحِ؛ فَإِنَّ فِي الْمِلْحِ شِفَاءٌ مِنْ سَبْعِينَ دَاءً أَوَّلُهَا الْجُذَامُ وَالْجُنُونُ وَالْبَرَصُ وَوَجَعُ الْأَضْرَاسِ وَوَجَعُ الْحَلْقِ وَوَجَعُ الْبَصَرِ

“Apabila kamu makan, maka mulakan dengan garam dan akhirilah dengan garam juga. Sesungguhnya dalam garam itu ada penawar bagi 70 jenis penyakit. Pertamanya kusta, gila, sopak, sakit gigi, sakit tekak dan sakit mata.”


2. Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib berkata;

عليكم بالملح؛ فإن فيه شفاء من سبعين داءً منها الجنون والجذام والبرص

“Hendaklah kamu makan garam kerana ia adalah penawar bagi 70 jenis penyakit, kusta, sopak dan gila.”


3.  Dari Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib;

يَا عَلِيُّ عَلَيْكَ بِالْمِلْحِ فَإِنَّهُ شِفَاءٌ مِنْ سَبْعِينَ دَاءً الْجُذَامُ وَالْبَرَصُ وَالْجُنُونُ

“Wahai Ali, hendaklah kamu makan garam kerana ia adalah penawar bagi 70 jenis penyakit, kusta, sopak dan gila.”

4. Dari Isa bin Abi Isa;

إنّ اللَّهَ أنْزَلَ أرْبَعَ بَرَكاتٍ منَ السَّماءِ إِلَى الأَرْضِ فأَنْزَلَ الحَدِيدَ والنّارَ والْماءَ والمِلْحَ

“Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara yang berkat daripada langit ke bumi. Allah menurunkan besi, api, air dan garam.”

5. Al-Syaukani;

استفتحوا طَعَامكُمْ بالملح فوالذي نَفسِي بِيَدِهِ إِنَّه ليرد ثَلَاثًا وَسبعين من الْبلَاء، أَو قَالَ من الدَّاء

“Mulakanlah makanan kamu dengan garam. Demi diriku yang berada dalam kekuasaan-Nya, ianya akan menolak 73 jenis bala atau penyakit.”


6. Dari Abi ‘Ali bin Fadhalah

ثَلاثُ لُقْمَاتٍ بِالْمِلْحِ قَبْلَ الطَّعَامِ وَثَلاثٌ بَعْدَ الطَّعَامِ تُصْرَفُ بِهِنَّ عَنِ ابْنِ آدَمَ اثْنَانِ وَسَبْعُونَ نَوْعًا مِنَ الْبَلاءِ ، مِنْهَا الْجُنُونُ ، وَالْجُذَامُ ، وَالْبَرَصُ

“Tiga suapan garam sebelum makan dan tiga kali selepas makan akan menghindari anak Adam daripada 72 jenis bala antaranya penyakit gila, sopak dan kusta.”

Dari Abdullah bin Umar r.a dari Nabi saw:

“Sesungguhnya Allah S.W.T menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam.” (HR al-Baghawiy)

Semoga perkongsian berkaitan khasiat garam sebagai penawar kepada 70 jenis penyakit di atas dapat memberikan manfaat kepafa kita semua.

Insya Allah.

Sumber:

2. Grup whatsapp

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close