Kalau nasi kandar, korang mesti terbayang lauk dan kuah berlambak atas nasi kan? Bagi kami pulak lain cara. Kami ambik 2 lauk dan tanpa sayur. Sebab semua sayur yang dijual macam tak boleh nak masuk tekak.. hehe
Jom layan gambar ya..


Lamb shank menu untuk suami. Kemudian dia ambil telur sotong dan sayur. Itu je.. kuah kurma, hihi


Saya dengan anak bongsu ambil ayam sambal korea dengan seketul udang goreng tepung saiz besar. Ayam dia memang besar saiznya.. patutlah harganya pun agak besar.. hehe

Oh ya, air pula kami order 2 jus oren dan satu ice blended mix fruit. Settled semua dan kami teka teki berapa harga agaknya kena caj? Untuk semua makanan dengan minuman yang kami order harganya adalah RM111.40. saya sempat bergurau dengan suami, lamb shank dia je entah-entah dah RM50. Mungkin? Yang penting dia yang bayar.. makan lah apa nak di makan. Betul tak?

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.