Kali ni saya nak share gambar menu lunch kita orang yang di beli saja sebab tak sempat nak prepare. Almaklum kita bekerja.. mana yang sempat kita sediakan dengan syarat ia menu kegemaran dia orang.. hehe
Nasi Putih Ayam Thai Untuk Lunch

Nasi putih ayam thai? Apa pakej dia? Dalam menu nasi putih ayam thai ada ayam suku bahagian peha, sos sambal thai, timun, salad, perahan jus limau, sos sambal kicap dan tentulah nasi putih dan sup. Korang bayangkan.. sedap tak?



Dalam satu set hidangan ni berharga RM10.00. Rasanya? Amatlah sedap dan kena dengan tekak anak-anak. Jika tidak, takkan mereka kerap suruh saya masak jika ada kelapangan masa..

Nak buatnya pun tak susah. Yang bezanya kita kena buat sambal sos thai tu dan sambal kicap untuk ayam. Kalau tak buat sambal kicapnya, macam tak kaw pulak rasa dia.
Nak tengok resepinya boleh lah korang google kata portal RASA. Ada banyak versi ayam masak thai yang boleh dicuba. Ok bye! Happy lunch korang!

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.