Kami order lebih kurang 9.01 malam, hidangan sampai depan pintu rumah dekat 11 malam. Kami tak merungut pun, memang dah tahu malam minggu pasti order lebih banyak dari biasa.



Kami order tak banyak pun, antaranya apple pie, McChicken 2 sets dan ice cream. Simple je. Tapi pun jenuh nak habiskan, sebab mungkin dah agak lewat. Al maklmu, menunggu 2 jam. Hehe.. redha je sendiri cari pasal.


Kalau saya order melalui Grab mungkin lebih cepat sikit dan mood lapar pun masih bertahan. Haha..
Sesaja malam minggu tonton movies dengan McDonalds. Lepak-lepak depan TV lagi best dari merayau sana sini dengan keadaan cuaca yang agak mendung dan hujan di sana sini. Yang penting perut lapar dah tak de.. bye!

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.