Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Pengat Labu Lemak Manis Dan Terbaik

Tahukah anda bahawa labu banyak khasiatnya. Ini adalah kerana warna isi labu yang kuning @ oren mengandungi zat yang tinggi. Antara khasiat labu atau labu kuning adalah dapat mengawal berat badan. Labu juga sebenarnya kaya dengan serat, baik untuk penglihatan, memberikan kulit yang sihat dan mengurangkan risiko penyakit kanser.

Dah tahu khasiatnya, marilah kita masak labu. Kali ini kita kongsikan Resepi Pengat Labu Lemak Manis Semua Suka. Pengat Labu Lemak Manis cara emak-emak kita, makin lama makan makin sedap, tak boleh berenti.. haha.

Biasa bulan puasa masak pengat labu ni, tapi la ni jika teringin terus masak kat dapur sendiri. 

 Jom cuba resepinya di bawah!

Resepi Pengat Labu Lemak Manis Semua Suka

Resepi Pengat Labu Lemak Manis Terbaik


Bahan-bahan: 

1 biji labu saiz sederhana dibuang kulit,biji dan cuci bersih 
1 ketul gula melaka atau ikut manis disukai
2 cubit garam
2 kotak kecil santan
4 sudu besar biji sagu
2 helai daun pandan disimpul

Cara~Cara penyediaan:


🍋Didihkan air mengikut banyak kuah yang diingini. Masukkan Labu yg telah dipotong, gula melaka , biji sagu dan masak dengan api sedang hingga labu separuh empuk(hampir masak) 

🍋Masukkan Santan, garam dan daun pandan kacau sebati . Biarkan labu masak empuk. Siap.

Selamat mencuba Resepi Pengat Labu Lemak Manis Semua pasti suka!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close