Kami memang dah biasa dengan jenama Louis ni terutama beli kasut kulit untuk anak-anak yang bersekolah di asrama penuh. Kaki dia orang kan besar, saiz 10 - 12, maka cari di Louis memang ada!
Kini bukan anak lelaki je boleh beli kasut di Louis, orang perempuan pun boleh..
Kasut Wanita Jenama Louis Sangat Selesa
Oleh kerana malas nak ulang order, saya order 2 pasang terus kasut - slip on untuk wanita. Kasut sarung yang bertutup dan sesuai untuk semua function samada berjalan atau bekerja. Kalau pakai stokin pun pakai sarung je, dan senang nak tanggalkan, jika perlu. Hehe..


Saya pakai kasut saiz 9 @ 40. Kaki panjang.. haha. Saya dah rasmikan slip on comfort loafers, selesa sangat! Harga sepasang RM96.00.



Kasut Louis Cuppers women slip on ni bertapak rata dan ketinggian yang sesuai untuk semua usia. Lepas tu, amat selesa dipakai oleh mereka yang memiliki kaki agak lebar.
Semoga bermanfaat.

sy pun tgah mancari kasut juga skrg
ReplyDeleteCuba la sis beli kasut brand ni, saya dah order lagi 2 pasang.. hehe
Delete