Harga sekeping tauhu pun dah tak murah tau. Sekeping harganya sekitar 0.50 sen hingga 0.70 sen di sesetengah pasaraya. Tetapi kalau dah minat, nak beli berapa banyak pun tak berkira. Betul tak?
Tauhu Goreng Dengan Sambal Kicap Pun Dah Sedap
Makan tauhu goreng cicah sambal kicap pedas + manis memang faveret kami. Anak bongsu saya lagi syok, dia makan gitu je tauhu tu tak perlu sos atau kicap. Dia memang die hard fan kat tauhu goreng.. haha

Korang mesti tahu buat sambal kicap kan? Terutama orang Johor, sambal kicap macam dah satu kemestian di rumah. Buat banyak sekaligus kemudian simpan dalam peti ais. Tahan bertahun tau.. hehe

>>>>>> Resepi Sambal Kicap Kaw!

Buat taw, pasti jadi. Sedap, pedas dan manis sikit..

Hasil kejadian sambal kicap cara saya, tak cair dan tidak pekat sangat. Dia sesedap rasa dan tahan lama. Sambal kicap ni penyedap makanan, terutama kalau nak makan pisang goreng atau mi soto. Atau nak makan sup. Memang enak jadinya makanan tersebut.
Selamat mencuba.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.