Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pegang Erat Anak-Anakmu Wahai Ibu Bapa

PEGANG ERAT-ERAT ANAK KITA DUHAI IBU BAPA!! Dunia sudah semakin tua, entah bila kita semua akan kembali selamanya. Ketika ada masa, ketika masih ada sisa harapan. Peganglah anak kita erat-erat. Pimpin bersama menuju jalan akhir yang diredhai. 

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” 

Pegang Erat Anak-Anakmu Wahai Ibu Bapa


Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?” 

Nabi SAW menjawab, Penyakit-penyakit itu ialah :

1. Terlalu banyak bersukaria
2. Terlalu mewah
3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin
4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia
5. Saling memarahi
6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain
-Hadis Riwayat Hakim-

Pegang Erat Anak-Anakmu Wahai Ibu Bapa


Dan yang mampu menyembuhkannya adalah,
Firman Allah SWT: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Agama Islam)." -Surah Ali Imran : 103-

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Rasulullah SAW berpesan : “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kalau kamu berpegang dengannya nescaya kamu tak akan sesat selamanya iaitu: Al-Quran dan Sunnahku.” -Hadis Riwayat Imam Malik-

Dunia hari ini semakin membenarkan apa yang disebut dalam Al-Quran dan hadis tentang hakikat akhir zaman. Bermakna kerja-kerja dakwah kita perlu diperhebat lagi. Bekerja lebih keras lagi. Bukan berputus asa. Dakwah kepada diri, keluarga, anak dan isteri itu yang lebih kritikal. Kemudian sama-samalah kita ajak saudara seislam kita yang lain. 

Kerja dakwah bukan tugas asatizah semata tapi tugas kita sebagai seorang yang berikrar dengan kalimah syahadah. Maka sampaikanlah.. Ittaqillah!☝🏻

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close