
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ يَكْفُرْنَ قِيلَ أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الْإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ (HR. Bukhari: 28)
Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah, dari Malik, dari Zaid bin Aslam, dari 'Atha' bin Yasar dari Ibnu 'Abbas, ia berkata: Nabi ﷺ bersabda: "Aku pernah diperlihatkan neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah para wanita, kerana mereka sering berbuat kufur."
Beliau ditanya: "Apakah mereka berbuat kufur kepada Allah?"
Beliau menjawab: "Mereka mengingkari pemberian dan kebaikan (suami).
Bilamana engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa, sementara ia hanya melihat satu kesalahan saja darimu, ia akan mengatakan: "Aku belum pernah melihat kebaikan sedikitpun darimu". - (HR: Bukhari: 28) Status: Hadis Sahih
Maka, janganlah kita sebagai wanita iaitu isteri mengungkit pemberian suami dan langsung tidak menghargai usaha dan pengorbanan mereka. Walau dalam keadaan bergaduh, bermasam muka, jangan sampai mengeluarkan kata-kata yang kesat.
Jika akhirnya tiada jodoh, lepaskan sahaja dan simpan aib masing-masing. Insha Allah, Allah akan menutupi aib kita sepanjang masa.
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.