
Kedua-dua gsmbar durian blackthorn yang kami beli dalam box, 1 jotak 500 gram harganya RM80. Isinya 5 ketul besar-besar. Ini first time makan blackthorn, dan rasanya manis + pahit tetapi tak kuat sangat rasanya. Kat lidah dia punya rasa macam tak berapa kuat la.. itu pendapat saya. Berbanding dengan musang king.



Gambar di bawah ni adalah musang king. Bentuk isinya runcing memanjang dan bijinya nipis je. Rasa musang king ni ada pahit manis dan creamy dan agak keras rasa kat lidah. Orang kata rasa pahit, manis dan creamy agak kuat. Musang king antara buah durian kegemaran saya.


Dan saya juga belu udang merah, atau durian roti bun. Bentuk durian udang merah macam roti yang comel-comel tu, rasa isinya manis pekat. Orang kata memang manis la. Sesiapa yang suka manis pekat, bolehlah makan udang merah.

So, kalau korang tak tahu nak kopek durian, atau malas nak kopek.. order yang siap kopek dalam box.. lagi mudah. Yang penting sediakan kosnya je.
Okay, semoga korang pun berkesempatan makan durian di musimnya sekarang ni.


0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.