
Pokok ketapang saya yang semakin tinggi dan bercabang dari akar hingga ke pucuk. Sebelum ni hanya tinggal batang je saya bersihkan, apabila musim hujan ia jadi cepat bertunas baru dan berdaun lebat.
Bila pokok ketapang ni semakin tinggi, saya akan cantas semula bagi mengekalkan ketinggiannya setakat 2 meter sahaja. So, pokok ini akan nampak rendang.


Ini pula adalah pokok kaktus yang saya tanam dari dahan pokok yang patah, dan cucuk dalam tanah. Tak perlu penjagaan sangat, pokok kaktus akan subur tumbuhnya.
Ini kerana pokok kaktus menyimpan air dalam batangnya yang membuatkan ia bertahan lama walau tidak mendapat air yang cukup.



Jika anda suka menanam pokok bunga tetapi jenis yang tak berapa pandai.. macam saya.. maka yang penting adalah memastikan kita meletakkan pokok-pokok tersebut di tempat yang betul iaitu samada di kawasan berbumbung atau direct di bawah langit. Direct kena hujan atau panas. Jika pokok tersebut tidak sesuai dengan habitatnya, pokok akan mudah mati.
Okay.. selamat berkebun, bagus untuk mengeluarkan peluh sihat..
Pokok ketapang memang cepat membesar sebab dia spesis balak
ReplyDelete