Handbag Baru Hadiah Untuk Diri Sendiri. Walau bukan harijadi, tetapi terapi atas penat lelah bekerja sepanjang hari. Dapat je handbag Bonia tu, terus saya pakai keesokan harinya. Saya memang begitu, barang mahal atau murah, akan tetap cepat-cepat pakai sebagai penghargaan kepada diri sendiri.

Kalau design macam dalam gambar tu, ia disebut corak monogram. Ia adalah salah satu trademark handbag atau item jenama bonia. Ada juga corak monogram pada kasut, jam tangan dan wallet.


You all suka tak dengan twilly yang saya buat pada handbag tu? Twilly dengan scarf pun boleh, twilly dengan keychain comel pun boleh. Ikut suka gaya memasing.. hehe



Handbag baru saya adalah Bonia Medium Monogram Shoulder Bag! Saya beli ketika jualan live, dapat pada harga RM992, tetapi sekarang harganya RM1,199-00. So, kalau korang berminat, boleh la beli ketika mereka sedang buat sales live..

Dalam koleksi saya, wallet bonia corak monogram pun ada, dan juga kasut.




Handbag Bonia ni bersaiz medium tetapi cukup untuk saya masukkan semua benda seperti wallet, kunci, pouch syiling, balm, panadol, handphones dan banyak lagi. So, dia quite besar jugak la..

Kalau korang suka dengan shoulder bag, Handbag Bonia yang ini amat sesuai untuk korang. Semua benda boleh campak, almaklum lah mak-mak memang macam tu.
Ok bye!



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.