


Resepi Siakap Singgang Yang Mudah
Bahan-bahan:
Ikan siakap - dibersihkan dan potong 3 bahagian
3 ulas Bawang putih - kisar
1 biji bawang besar - kisar
2 inci kunyit hidup - kisar
2 batang cili padi - kisar
2 batang halia - ketuk
Daun kesum secukupnya
Garam dan secukup rasa maggi
1 keping asam keping
Cara penyediaan;
1. Panaskan minyak dan tumis serai sampai naik wangi.
2. Masukkan pula bahan kisar hingga naik bau. Masukkan air secukupnya, kalau nak kuah banyak, masukkan lebih air
3. Masukkan daun kesum dan asam keping serta kacau hingga rata.
4. Perisakan dengan garam dan secukup rasa maggi
5. Akhir sekali masukkan ikan siakap dan tutup kuali hingga mendidih
Mudah kan?
Selamat mencuba. Saya tak masukkan halia dalam kuah singgang kerana gabungan kunyit, asam kepimg dan serai telah menaikkan kesegaran kuah singgang tersebut. Bau harum kuahnya pun dapat dihidu dari jauh. So jangan risau, bau hanyir ikan pun hilang.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.