Analisis Blog Dari November 2025 - April 2026. Anggaran 6 bulan tempoh analisis di lakukan dari Google analytic dan blogger.com. Saya lakukan analisis ini untuk melihat kembali di mana kekuatan dan kelemahan blog yang boleh diperbaiki. Menganalisa blog sendiri adalah salah satu cara untuk mengukur pencapain blog selama tempoh tertentu.
Oh ya.. saya asking kat ChatGpt untuk buatkan infografik tentang pencapain blog aynorablogs - untuk tempoh 6 bulan yang lepas.
Analisis Aynorablogs Selama 6 Bulan Dari November 2025 - April 2026
Surprisingly!
Apa yang korang tengok kat infografik di atas, itulah pencapaian blog saya dalam tempoh 6 bulan. Iaitu
Jumlah Pelawat : 350,000 orang
Pageview Blog : 1.2 juta
Sumber Trafik : - Enjin Carian 60%, Media Sosial 25% dan lain-lain 15 %>
Artikel Popular : Resepi, Kesihatan & Motivasi
Pencapaian Terbaik : Artikel berada di top 5 di Google - Ucapan Hari Lahir Untuk Orang Tersayang!
Dalam tempoh 6 bulan yang lepas, aynorablogs.com menerima pelawat sekitar 350,000 orang dengan jumlah PV hampir 1.2 juta. Alhamdulillah.
Namun saya pasti, ada ramai blogger di luar sana yang mencapai prestasi yang jauh lebih baik kerana memiliki pengikut yang ramai dan aktif di media sosial. Jika korang ada kelebihan tersebut, gunakanlah sebaiknya untuk berkongsi perkara yang bermanfaat.
Jika jadi influencer, jadilah seorang yang menyampaikan yang baik dan menegakkan kebenaran, walau secara realitinya ia pahit ditelan.
Semoga bermanfaat.



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.