Apakah Maksud Tabarakallah Dan MashaAllah. Dua perkataan baik yang membawa maksud yang baik juga. Selalu disebut-sebut untuk memuji ciptaan Allah. Namun ada juga yang masih belum tahu apa maksudnya perkataan tersebut.

Mari kita baca penerangan lanjut berkaitan dua perkataan baik di mana dengan menyebutnya secara khusus memberikan kita ganjaran pahala yang tak disangka-sangka.
Berdasarkan perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, berikut adalah maksud dan konteks penggunaan ungkapan "Masya-Allah":
Konteks Penggunaan - Kalimah ini diucapkan apabila melihat sesuatu yang menakjubkan, indah, atau mengagumkan bagi mengakui bahawa kehebatan tersebut berlaku atas kehendak Allah SWT.
Tujuan - Ia digunakan sebagai ekspresi penghargaan dan peringatan bahawa setiap pencapaian atau perkara indah terjadi kerana kehendak-Nya.
Berbeza dengan Subhanallah (Maha Suci Allah) yang lebih umum, Masya-Allah dikhususkan untuk mengagumi sesuatu nikmat atau keindahan.
Rasa Syukur & Kagum - Kalimat ini diucapkan sebagai tanda rasa syukur atau takjub terhadap sesuatu perkara yang dilihat.
Pencegah Penyakit 'Ain - Ia sering disandingkan dengan "MasyaAllah" (menjadi MasyaAllah Tabarakallah) apabila melihat sesuatu yang indah atau menggembirakan bagi mengelakkan daripada penyakit 'ain (pandangan mata yang disertai sifat iri atau takjub yang membawa mudarat).
MashaAllah biasanya disebut di depan kemudian diikuti dengan perkataan tabarakallah. Inilah dua gandingan perkataan terbaik bila kita berasa teruja akan sesuatu kejadian seperti melihat kecantikan, kepandaian dan berasa hairan dengan sesuatu kejadian.

Apakah Maksud Tabarakallah Dan MashaAllah
MashaAllah
Masya-Allah (ما شاء الله) bermaksud "apa yang Allah kehendaki telah berlaku". Ia adalah ungkapan zikir dan doa yang digunakan untuk menyatakan kekaguman, kehairanan, atau penghargaan terhadap sesuatu keindahan, kejayaan, atau perkara positif yang terjadi, sambil mengakui bahawa segalanya adalah atas kehendak Allah.
Maksud Literal - "Apa yang dikehendaki oleh Allah" atau "Kejadian itu berlaku atas kehendak Allah".
Konteks Penggunaan - Kalimah ini diucapkan apabila melihat sesuatu yang menakjubkan, indah, atau mengagumkan bagi mengakui bahawa kehebatan tersebut berlaku atas kehendak Allah SWT.
Tujuan - Ia digunakan sebagai ekspresi penghargaan dan peringatan bahawa setiap pencapaian atau perkara indah terjadi kerana kehendak-Nya.
Berbeza dengan Subhanallah (Maha Suci Allah) yang lebih umum, Masya-Allah dikhususkan untuk mengagumi sesuatu nikmat atau keindahan.
Tabarakallah
Manakala, tabarakallah (تَبَارَÙƒَاللهُ) bermaksud "Maha Suci Allah" atau "Maha Berkat Allah". Ia merupakan ungkapan kekaguman, rasa syukur, dan pengiktirafan terhadap keagungan serta keberkatan Allah SWT atas segala penciptaan-Nya
Berdasarkan sumber daripada Mufti Wilayah Persekutuan, pecahan maknanya dari sudut pandang Islam yang sering dikongsi termasuk:
Pengakuan Keagungan Allah - Ia menunjukkan pengakuan akan keagungan, keberkatan, dan kesucian Allah SWT.
Rasa Syukur & Kagum - Kalimat ini diucapkan sebagai tanda rasa syukur atau takjub terhadap sesuatu perkara yang dilihat.
Pencegah Penyakit 'Ain - Ia sering disandingkan dengan "MasyaAllah" (menjadi MasyaAllah Tabarakallah) apabila melihat sesuatu yang indah atau menggembirakan bagi mengelakkan daripada penyakit 'ain (pandangan mata yang disertai sifat iri atau takjub yang membawa mudarat).
Bagaimana Nak Guna Perkataan MashaAllah & Tabarakallah
Kita boleh gunakan untuk perkara-perkara seperti berikut:
1. Cantiknya anak dia - mashaaAllah tabarakallah
2. Mata dia cantik lah - mashaAllah
3. Rumah dia besarnya - mashaAllah
4. Ya Allah sedapnya suara dia - mashaAllah tabarakallah
Ada banyak lagi contoh kejadian indah, cantik, pintar yang menimbulkan kekaguman kita terhadap kejadian Allah.
Dengan menggunakan ungkapan tersebut, kita dapat memuji dengan ikhlas disamping Allah SWT memberkati hidup kita juga.
Allah SWT amat suka dengan apa saja perkataan yang kita gunakan diselitkan dengan kalimah Allah. Bermaksud, kita mendahulukan Allah dalam semua hal.
Insha Allah.


0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.