Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Doa Nabi Musa Khusus Untuk Kita Yang Sedang Susah Dan Tiada Arah

Doa Nabi Musa Khusus Untuk Kita Yang Sedang Susah Dan Tiada Arah. Doa Nabi Musa disebut-sebut sebagai doa mustajab bagi kita yang memerlukan sangat kerja ketika betul-betul dalam kesusahan. Doa ini muncul kerana kisah Nabi Musa yang dalam kesusahan ketika dia melarikan diri dari Mesir. Dia membaca doa ini sewaktu kepenatan, dalam kelaparan dan tiada sebarang bekalan

Kenapa kita perlukan sangat berdoa sewaktu dalam kesusahan? Kerana itulah saja senjata yang kita ada. Doa ini menggambarkan kerendahan hati dan pengakuan bahawa kita sangat memerlukan pertolongan Allah, terutamanya ketika dalam kesempitan.

Doa Nabi Musa Khusus Untuk Kita Yang Susah Dan Tiada Arah


Doa Nabi Musa Khusus Untuk Kita Yang Sedang Susah Dan Tiada Arah

Doa nya;

"Rabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqir"

 رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ


Inilah doa Nabi Musa A.S. yang dirakam dalam Surah Al-Qasas, ayat 24. 

Maksudnya ialah: 

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sebarang kebaikan (rezeki) yang Engkau turunkan kepadaku". 

Tujuan Doa Nabi Musa


Ia diamalkan untuk memohon rezeki, jodoh, dan pekerjaan. Disaat kita hilang arah, tiada punca untuk mencari pendapatan, Maka amalkanlah doa tersebut.

Amalkanlah dengan yakin dan bersungguh-sungguh yang Allah akan membantu kita, hadirkan orang untuk nampak akan kesulitan kita, dengan izin Allah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments