Lunch Dengan Ikan Patin Masak Tempoyak Yang Sangat Sedap. Hehe.. tengoklah panjang tajuk entry saya kali ini sebab nak menunjukkan betapa kami berpuashati makan lunch lauk ikan patin masak tempoyak, sedap sungguh rasanya. Kita orang suka jalan-jalan carik makan, dan kita akan cuba mana-mana restoran yang ada jual lauk ikan patin. So, kita comparekan. Mana yang sedap kita akan repeat lagi walau restoran tu agak jauh.. 😅😅




Alkisah, hari Ahad lepas kami lunch di luar, tak masak dah kat rumah kalau hari minggu. Sebab paginya dah sibuk berkebun, bila time nak memasak jadi malas pulak. Apalagi.. kita jalan melilau cari makan la. kami memilih Periuk Kampung untuk mengisi perut yang lapar.
Lunch Dengan Ikan Patin Masak Tempoyak Yang Sangat Sedap
Antara menu utama kami adalah patin masak tempoyak. Ada juga pakej menu lain yang kami pilih, almaklum makan macam tak ada hari esok..

Inilah menu pilihan saya, patin masak tempoyak. Lazat sungguh, kuah dia rasa ada masam sikit, manis sikit tetapi bau tempoyak dia tak kuat sangat. So, kita rasa lebih mudah nak telan dan hirup kuah dia. Patin dia pulak halus isinya dan dicuci bersih, takde bau yang pelik, hihi 👍👍👍
Resepi >>>> Patin tempoyak belimbing buluh


Saya pun ada order miang pla daging bakar. Terbaik lah!! En suami kata nak makan yang mana satu ni, suhun ke nasi. Saya kata nak telan semua.. bukannya selalu. Member dah pening kepala tengok gaya isteri makan. Yang penting kena habiskan, itu tegasnya. Makan pelan-pelan, habis juga.
![]() |
| Menu Pakej Seroja |

Oh ya, En suami ada order siput sedut dan asam Pedas kepala ikan siakap. Licin jugak dia makan..
Kalau korang nak tau, kita makan berdua je tau. Tapi mengorder macam gaya nak makan 5 orang. Hehe..
Menu lunch kami hari itu;
1. Pakej Seroja -(untuk 2 orang makan), termasuklah patin tempoyak, daging tetel, ulaman, keropok, lengkong dan telur dadar
2. Siput Sedut
3. Asam Pedas kepala ikan siakap
4. Miangpla daging bakar
5. 2 jenis air
Kos semuanya = RM148.90 🤪🫠
Yang penting kena habiskan. Dekat 1 jam lebih jugak kita makan, perlahan Dan habiskan.. lepasni En suami kata kena cari port lain, tak bagi saya membazir.. haha
Ok bye!!



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.