Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

LAIN-LAIN INFO MENARIK >>>>

Ingatlah Pesanan Ini Wahai Orang Yang Akan Bermusafir

Ingatlah! Ini Pesanan Untuk Orang Yang Akan Bermusafir. Musafir biasanya dikaitkan dengan orang islam yang berangkat keluar dari kawasan tempat tinggalnya dan berpergian melebihi dari 3 hari. Musafir boleh juga di lakukan di dalam negeri atau luar negara. 

Orang yang bermusafir adalah:

Orang yang melakukan perjalanan jauh yang mencapai atau melebihi 2 marhalah, bersamaan dengan kira-kira 81 kilometer (KM) atau lebih. Dengan tujuan untuk menuntut ilmu termasuklah perkara-perkara yang diharuskan oleh syarak. Bukan untuk tujuan maksiat.
Tidak berniat menetap selama 4 hari atau lebih di tempat yang dituju (tidak termasuk hari sampai dan hari keluar).

Orang yang bermusafir mendapat Rukhshah (Keringanan) menjamakkan (menghimpun) dan mengqasarkan (memendekkan) solat, serta mendapat keringanan dalam puasa Ramadhan.

Seorang musafir juga mereka yang masih dalam keadaan perjalanan (safar) dan belum berniat menetap (bermastautin) di tempat baharu.

Semoga Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.” -

Daripada Salim RA bahawa Ibn Umar RA berkata kepada seseorang apabila hendak melakukan musafir:

عَنْ سَالِمٍ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ كَانَ يَقُولُ لِلرَّجُلِ إِذَا أَرَادَ سَفَرًا ادْنُ مِنِّي أُوَدِّعْكَ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوَدِّعُنَا فَيَقُولُ أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ

"Datanglah  kepadaku, aku ingin menyampaikan ucapan perpisahan sebagaimana Rasulullah SAW mengucapkan kepada kami, kemudian beliau mengucapkan sabda Rasulullah:

أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ

“Aku menyerahkan (memohon penjagaan) kepada Allah urusan agama kamu, amanah kamu dan pengakhiran amalan kamu.” -  (HR Tirmizi, No. 3443) Status: Hadis Sahih

Pesanan Untuk Orang Yang Akan Bermusafir


1.  Musafir adalah perjalanan seseorang daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya mengerjakan ibadat fardhu haji ke Mekah. Ianya boleh menyebabkan kesulitan, kemudharatan juga menimbulkan kesukaran, keletihan dan menghalang keselesaan, kerehatan serta kesempurnaan dalam melaksanakan ibadah sepanjang perjalanan. 

2.  Justeru, Rasulullah SAW telah mengajar para sahabat mengenai sunnah yang sangat baik untuk diamalkan. Apabila mengetahui seseorang hendak bermusafir, maka ucapkan doa kepadanya memohon agar Allah menjaga dan memelihara orang tersebut sepanjang perjalanannya daripada segala bahaya.

أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ

“Aku menyerahkan kepada Allah urusan agama kamu, amanah kamu dan pengakhiran amalan kamu.”

3.  Terdapat juga dalam hadis Riwayat Anas RA, bahawa seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW memberitahu dia akan bermusafir, lalu Nabi SAW mendoakannya:

زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ

"Semoga Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.” - (Sunan Tirmizi No: 3444) Status: Hadis Sahih

4.  Kebiasaannya, bermusafir akan menyebabkan hilangnya kesenangan dan keselesaan dalam melakukan amalan harian mahupun beribadah. Oleh sebab itu, Islam telah memberikan rukhsah (keringanan) kepada seseorang yang bermusafir.  

5.  Sebagai Muslim hendaklah kita mendoakan orang yang akan bermusafir dan berpesan kepada mereka untuk sentiasa bertaqwa dan menjaga amalan ibadah sepanjang perjalanan tersebut.

6.  Sempena musim orang bermusafir untuk mengerjakan ibadat haji, doakanlah mereka semoga dikurniakan kesihatan yang baik serta kemudahan beribadat sepanjang berada di sana dan mendapat haji yang mabrur.

Mari kita doakan  kepada yang akan menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah ke Mekah):

زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ

“Semoga Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.”

اللَّهُمَّ اجْعَلْ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا

“Semoga Allah menganugerahkan haji yang mabrur, usaha yang disyukuri dan dosa yang diampuni.”

أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ

"Aku menyerahkan kepada Allah urusan agama kamu, amanah kamu dan pengakhiran amalan kamu.”

Dengan perkongsian di atas, dapat disimpulkan bahawa Islam sangat menitikberatkan adab dalam setiap aspek kehidupan, termasuk ketika berpisah. Dengan mendoakan keselamatan agama, amanah dan pengakhiran yang baik, seseorang bukan sahaja menunjukkan kasih sayang, tetapi juga mengharapkan perlindungan Allah SWT bagi saudaranya.

Semoga kita juga dapat menjadi musafir di bumi Allah nanti, menjadi tetam di rumahNya.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments