Bila Tua Mengejar, Kita Nak Tenang Damai Je! Inilah falsafah baru kita orang, dah tua ni kita nak tenang, aman damai dan kaya bahagia dunia akhirat. Bila bergaduh dengan pasangan takde lagi baling pinggan mangkuk (contoh.. 😅), tiada suara tarzan kedengaran dan semua menjadi santai dan meredhakan.. redha je kalau kena marah. Dah malas melawan. Lama-lama nanti baik gitu je, lupa dah bilanya kita bergaduh? Hehe..

Apa bezanya kami bila dah meningkat usia? Ha.. betullah tu. Fizikal berkembang, muka ikut naik pipi kiri dan kanan. Jenuh nak turunkan berat, tetapi penimbang selalu rosak!! Geram kan? Korang sama tak macam saya?

Namun selepas solat selalu saya berdoa, mintak langsing balik macam zaman muda mudi dulu demi kesihatan jiwa dan raga. Insha Allah, tak lama lagi boleh dah pakai saiz M balik. Gitulah angan-angan.. free je, sesiapa boleh berangan.
Namun yang pasti, tua atau muda bukan alasan untuk menunda kebaikan. Buatlah kebaikan walau kita tak baik mana pun. Kita tak tahu dari sikitnya amal kebaikan kita itu yang mana akan diterima oleh Allah SWT. Ingat ya.. jangan menunggu untuk berbuat baik, bila terdetik.. buatlah!!
Bila Tua Mengejar Kita, Nak Tenang Damai Je!
Bila dah tua dan berusia.. kita makin berhati-hati bila berkata. Mula memilih diam dari bergaduh. Mula pandai berkata tidak dari selalu berkata iya. Dalam diam melangkah menambah saham akhirat, tanpa di ura-ura. Dalam tak sedar, lidah pun mula basah dengan istighfar dari berlagu ceria. Begitulah gambaran bila diri ini dah menginjak tua.. dan matang!
Gambar Sebelum Tua

Gambar Sesudah Tua

Marilah sama-sama kita berdoa, semoga kita sesama kita terus berjalan ke depan menuju jannahNya, tanpa lupa menyesali dosa lama.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



4 Comments
betul, setuju
ReplyDeleteDah tua ni, nak sihat je. Senang nak beribadat In Sha Allah
ReplyDeleteBila umur makin meningkat ni, betul-betul kita dah malas nak fikir hal yang remeh-temeh. Apa yang kita kejar cuma ketenangan emosi dan nak fokus tambah saham akhirat je. Betul tu bila terdetik nak buat kebaikan, terus buat tanpa bertangguh. Terima kasih atas perkongsian ringkas yang penuh muhasabah diri
ReplyDeleteSemoga dapat pakai saiz M kembali, hewhew. Mesti boleh !
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.