Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

LAIN-LAIN INFO MENARIK >>>>

Bulan Mei Dah Datang, Ada Hajat Nak Dicapai

Bulan Mei Dah Datang, Apa Hajat Penting Anda? Welcome May! Please be nice to me! Ada hajat penting nak buat dalam bulan ini. Ada niat dan visi nak mintak pada Allah agar dipermudahkan urusan hajat ini. Apa hajat korang ya? Hajat vs cita-cita nak dilaksanakan dalam bulan Mei ini. Saya memang dah setting dalam bulan Mei ni nak tunaikan hajat sendiri.

Kadang-kadang kita kena buat sesuatu yang drastik untuk melihat kemampuan diri sendiri. Drastik dalam tindakan, mudah-mudahan dapat result yang fantastik. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

Bulan Mei Dah Datang, Ada Hajat Nak Dicapai 


Hajat dihati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai 😀😂. Anganan nak peluk gunung tak sampai tak apa, yang penting hajat saya mulai bulai Mei ni mesti kena tunaikan.

Bulan Mei Dah Datang, Ada Hajat Nak Dicapai

Hajat bulan Mei saya adalah:

1. Money freedom - nak langsaikan semua hutang kad kredit. Buang kad kredit! Monthly hanya bayar bil utiliti je. Ini mesti dilaksanakan. 

Macam mana nak langsaikan hutang kad kredit tu? Jumlahnya pun tak banyak, kebiasaan hanya guna untuk isi minyak dan mengada guna shopping kat tiktok. Saya akan langsaikan guna bonus yang baru dapat. Alhamdulillah company bagi 4 bulan bonus 🥰🎈

So after this, no credit card anymore. Kita guna debit card je @ TnG untuk shopping. Hehe..

Apakah saya mampu menunaikan hajat bulan Mei tersebut? Jawapannya, tentulah boleh. Dengan lebih berdisplin dalam berbelanja, kerat semua kad kredit, padam rekod kad kredit kat shop online. Itu je cara nak laksanakan hajat yang seciput itu. Nampak macam simple tetapi sebenarnya ia menyusahkan juga. Semoga saya diberikan kekuatan untuk mengejar misi - money freedom dalam penggunaan kad kredit.

Apa pula hajat korang bulan Mei ini? Meh lah share kat ruang komen. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Post a Comment

2 Comments

  1. Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0 kembali lagi!
    Semua warga Kelapa Bersekutu dijemput untuk memeriahkan lagi majlis beta!

    Jumpa tuan hamba di sana!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2026/04/giveaway-kerajaan-kelapa-20.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0 kembali lagi!
    Semua warga Kelapa Bersekutu dijemput untuk memeriahkan lagi majlis beta!

    Jumpa tuan hamba di sana!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2026/04/giveaway-kerajaan-kelapa-20.html?m=1

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.