Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Suasana Pagi Yang Sentiasa Dinanti

Suasana Pagi Yang Sentiasa Dinanti. Ada satu moment setiap pagi yang saya tunggu-tunggu kemunculannya. Suasana pagi yang hening disaat minda kita masih segar dan kosong. Waktu itulah saya menunggu sesuatu iaitu - bacaan Yasin yang dialunkan khas untuk saya dan seisi rumah ini. Syukur kepada Allah kerana membukakan ruang hati kami untuk membeli jam meja ini. Jam meja yang sudah ditetapkan dengan azan, mengaji, zikir, hadis pendek dan lain-lain.

Jam zikir dan azan ini sudah hampir 2 tahun bersama kami. Tidak pernah dimatikan walau tiada orang di rumah. Bila tiba waktunya azan akan berkumandang bertepatan dengan surau di taman kami. Memang amat memudahkan urusan ibadah harian kami. MasyaAllah Tabarakallah.

Suasana Pagi Yang Sentiasa Dinanti

Suasana Pagi Yang Sentiasa Dinanti


Setiap pagi bacaan Yasin menemani suasana pagi saya dan seisi rumah ini. Best sangat rasanya, sukar digambarkan. Tenang dan damai.

Orang kata dah macam surau dah rumah ini. Setiap jam tertentu ada azan, mengaji, zikir, tazkirah dan lain-lain. 

Sambil sarapan pagi dengan teh '0' dan sepinggan nasi goreng, alangkah nikmatnya  ditemani suara bacaan Yasin yang merdu. Tak perlu tunggu saat kematian nak dibacakan Yasin, ketika hidup dan sihat ni pun dah gembira ada jam meja yang berfungsi untuk mendamaikan dan merawat emosi kita. Alhamdulillah. Nikmat Tuhanmu yang mana nak Kau dustakan!

Suasana Pagi Yang Sentiasa Dinanti

Semoga kita semua diberikan kesempatan untuk menikmati hidup yang tenang dan damai serta di kelilingi dengan suasana yang positif dan menginsafkan saban hari. Kerana persekitaranlah yang banyak mempengaruhi emosi kita samada nak jadi lebih baik atau sebaliknya.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Post a Comment

0 Comments

LAIN-LAIN INFO MENARIK >>>>