Cincin Belah Rotan Yang Simple. Tetapi menarik. Dari dulu kalau sebut cincin belah rotan, mesti terbayangkan majlis pertunangan dan merisik. Takde lah nak merisik pakai berlian bagai, bertunang pun ada juga yang masih menggunakan cincin belah rotan sehingga kini.

Cincin belah rotan yang menarik semestinya yang simple je, tidak bertatah batu permata dan hanya ada segaris corak yang selari.

Ciri-ciri utamanya merangkumi:
1. Reka Bentuk Minimalis: Permukaannya licin, polos, dan tidak mempunyai sebarang batu atau berlian. Jika ada pun, ia sekadar satu garisan halus untuk menimbulkan keunikannya.
Mengapa orang pilih cincin belah rotan untuk merisik dan bertunang? Pertunangan adalah majlis yang ringkas, sebelum perkahwinan. Jadi sudah semestinya keluarga mahu meminimakan perbelanjaan mereka. Lagi pun cincin Belah Rotan jauh lebih murah berbanding dengan cincin berlian dan cincin fesyen.

Namun berbeza dengan zaman saya bertunang dulu, kami tidak memakai cincin belah rotan. Bakal suami membeli cincin berlian Habib dengan fesyen rekaan unik - tangan bersalaman.
Tetapi yang sedihnya, cincin itu tersilap simpan dan mungkin tercicir sewaktu kami berpindah rumah. Bagai nak rak dicari, tetapi tak jumpa. Tak mengapalah.. sekarang Allah ganti dengan cincin yang lebih baik. Syukur alhamdulillah..
Cincin Belah Rotan Yang Menarik

Ciri-ciri Cincin Belah Rotan
1. Reka Bentuk Minimalis: Permukaannya licin, polos, dan tidak mempunyai sebarang batu atau berlian. Jika ada pun, ia sekadar satu garisan halus untuk menimbulkan keunikannya.
2. Bentuk Belah Rotan: Dinamakan sempena rupanya yang membulat di bahagian luar dan rata di bahagian dalam, sama seperti keratan rotan yang dibelah dua.
3. Tahan Lasak: Kerana ketiadaan batu permata yang mudah longgar atau tercabut, ia sangat tahan lasak dan praktikal untuk dipakai setiap hari.
4. Warna Tradisional: Lebih popular dan menyerlah jika diperbuat daripada emas kuning. Hampir tiada yang membuat cincin belah rotan dari emas putih.
5. Simbolik: Dalam tradisi Melayu, ia digunakan sebagai "tanda" atau cincin merisik untuk menyunting si gadis.

Cincin Belah Rotan Dan Fungsinya
Hanya satu jenis cincin yang popular di kalangan masyarakat Melayu ketika ingin merisik keluarga bakal pengantin perempuan, iaitu cincin belah rotan. Cincin belah rotan ini diperbuat oleh emas dan mempunyai reka bentuk yang ringkas sahaja. Cincin merisik juga dikenali sebagai cincin tanda dimana ia membawa simbol bahawa perempuan tersebut sudah pun menerima lamaran lelaki itu.
Fungsinya cincin belah rotan ini adalah ia digunakan untuk majlis merisik. Merisik secara definisinya bermaksud menyelidiki atau menyiasat dengan sembunyi-sembunyi. Namun, dalam konsep berkahwin ini, merisik akan berlaku dengan pihak lelaki menghantar rombongan ke rumah si perempuan untuk mendapat tahu status perempuan itu jika sudah berpunya ataupun tidak. Secara tidak langsung merisik ni umpama kita berkenalan dengan keluarga di sebelah pihak lelaki.

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.