Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Doktor - Amanah Yang Terpilih

Doktor: Bukan Sekadar Kerjaya, Tetapi Amanah yang Terpilih. Seorang doktor bukan semalam nak jadi doktor, hari ini terus jari doktor. Prosesnya penuh kepenatan, kepedihan, kesabaran dan kekuatan mental yang tiada bandingan. Seorang doktor lahirnya berserta tangisan, ada gembira dalam kesedihan. 

Sewaktu anak kami mahu menjadi doktor, ia bukan cita-cita. Tetapi impian yang ditanam sedari usianya 5 tahun. Semasa anak sulung kami itu tidak mahu menerima tawaran USM untuk program ijazah farmasi, kami memang dilanda risau. Result UPU keluar semuanya bukan medical degree. Termenung ibu dan ayahnya ini, apa nak jadi. 

Setelah berbincang sedalam-dalamnya, kami menghantar sidia ke luar negara. Senyum lebar bibirnya, gembira ria wajahnya. Akhirnya ijazah perubatan dan pembedahan (MBBs) jadi miliknya.

Doktor - Amanah Yang Terpilih

Doktor - Amanah Yang Terpilih


Namun sejak khir-akhir ini, semakin ramai yang mula mempersoalkan:

“Masih berbaloi ke jadi doktor?”

Gaji tidak setimpal.
Kerja berat.
Tekanan tinggi.
Masa dengan keluarga terhad.
Burnout semakin biasa.

Dan perlahan-lahan…
bidang ini mula kelihatan seperti satu jalan yang semakin pudar masa depannya.


Tetapi mungkin…
kita sedang melihatnya dengan neraca yang salah.


Perubatan: Ilmu yang Dipilih, Bukan Sekadar Dipelajari

Tidak semua orang boleh menjadi doktor.

Bukan sekadar kerana keputusan peperiksaan,
tetapi kerana:

* Ketahanan emosi
* Kesanggupan berkorban
* Kesediaan memikul tanggungjawab manusia lain

Dan lebih dalam daripada itu…

👉 Ia adalah ilmu yang Allah “lorongkan” kepada sebahagian manusia sahaja

Pandangan Ulama: Kedudukan Ilmu Perubatan


Seorang tokoh besar Islam, Imam al-Shafi‘i, pernah menyebut:

“Ilmu itu ada dua: ilmu agama dan ilmu badan (perubatan).”

Ungkapan ini ringkas, tetapi sangat dalam.

Seolah-olah beliau sedang mengingatkan kita bahawa kehidupan manusia tidak akan sempurna tanpa dua perkara:

* Petunjuk untuk hati → melalui agama
* Kesihatan untuk tubuh → melalui perubatan

Dalam riwayat lain, beliau juga menegaskan bahawa selepas ilmu halal dan haram, tidak ada ilmu yang lebih mulia daripada ilmu perubatan.


Di Mana Letaknya Nilai Sebenar?

Dalam Islam, kita tidak melihat kerja hanya sebagai “pekerjaan”.

Kita melihatnya sebagai:

* Amanah
* Ibadah
* Tanggungjawab terhadap manusia dan Allah

Dan dalam konteks ini, bidang perubatan bukan sekadar ibadah umum.

Ia adalah:

👉 Ibadah yang menjaga nyawa manusia
👉 Ibadah yang berada dalam teras maqasid syariah

Seperti yang dibincangkan dalam Maqasid Syariah, menjaga nyawa (hifz al-nafs) adalah antara tujuan tertinggi dalam syariat.


Di sinilah persoalan sebenar muncul:

Kalau bukan kita… siapa?


Fardhu yang Terlupa


Dalam banyak keadaan, bidang ini sebenarnya termasuk dalam:

👉 Fardhu Kifayah

Jika tidak cukup orang yang melaksanakan,
maka seluruh masyarakat menanggung dosa.

Dan dalam situasi tertentu—seperti kekurangan pakar, ICU yang penuh, kes kritikal—

👉 Ia boleh menjadi tanggungjawab yang jatuh secara langsung ke atas individu.


Lebih Daripada Sekadar “Kerja”

Seorang doktor tidak hanya:

* Memberi ubat
* Menjalankan prosedur

Tetapi sebenarnya:

* Menjadi perantara antara sakit dan sembuh
* Menjadi saksi antara hidup dan mati
* Menjadi penjaga amanah manusia ketika mereka paling lemah


Yang Dicari Bukan Ramai — Tetapi Yang Ikhlas

Dunia tidak kekurangan doktor.

Tetapi dunia sangat kekurangan:

* Doktor yang mu’min
* Doktor yang ikhlas
* Doktor yang amanah

Kerana gabungan ini… bukan mudah.


Menanam Azam

Jika benar kita ingin mengisi kekosongan ini,
maka kita perlu bermula dengan:

* Niat yang jelas: kerana Allah
* Kefahaman yang betul: ini bukan sekadar kerjaya
* Kesedaran: kita sedang memikul amanah besar


Penutup


Mungkin dunia melihat doktor sebagai satu profesion.

Tetapi bagi seorang yang faham…

👉 Ia adalah jalan ibadah.
👉 Ia adalah amanah terpilih.
👉 Ia adalah peluang untuk mendekat kepada Allah melalui manusia.


Dan mungkin…
di saat orang lain menjauh kerana melihat kesukarannya,

itulah saatnya Allah sedang memilih
siapa yang benar-benar mahu mendekat.

Nota akhir: posting ini ditujukan kepada mereka yang berkira-kira untuk anak mereka menyambung pelajaran ke medical school. Juga buat mereka yang sedang menyambung kepakaran tapi tengah bingung dan bertanya “kenapalah aku sambung buat master ni” 😃

فإذا عزمت فتوكل على الله

Setelah kamu berazam, maka bertawakkal lah kepada Allah.

Sebahagian tulisan di ambil dari Abu Mishal dari medsos.

Doktor - adalah amanah yang terpilih. Dalam banyaknya manusia kenapa kamu dan anak kami yang mahu menjadi doktor. Kerana insan terpilih itu kena melalui ranjau duri dan payahnya ujian, kerana akhirnya mereka berada dalam kelasnya tersendiri di sisi Allah.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Post a Comment

0 Comments

LAIN-LAIN INFO MENARIK >>>>