Ketua menu jatuh kepada asam pedas ikan mayong! Ikan mayong seekor dengan saiz kepalanya yang besar. Korang makan ke ikan mayong? Ada yang panggil ikan jahan. Ikan mayong hitam rasanya lebih kenyal berbanding ikan mayong putih yang dagingnya lebih lembut. Ikan mayong adalah sepsis ikan laut, dan dijual pada harga sekitar RM70 seekor. Tergantung kepada beratnya juga.







Makan Tengahari Bersama Family Di Kampung
Antara hidangan tengahari kami termasuklah asam pedas ikan mayong
Korang tengoklah berapa banyak bunga kantan yang dimasukkan sebagai penyedap rasa? Hehe..

Ada ayam goreng ala KFC guna tepung Bestari. Dan berapa ekor ayam kami goreng tu? 2 ekor ayam ya.. dan sekali jalan dah habis untuk lunch.

Dan menu lain termasuklah kailan goreng, mangga muda cicah sos Makbee, hirisan timun Jepun, sambal belacan kaw.. dan tak ketinggalan sambal geprek. Air pula kita minum air cincau yang menyegarkan.

Selamat menjamu selera korang, apa yang ada dan dimasak walau sederhana je, tetap menyelerakan bila dimakan bersama family terrsayang.
Salam Santai!!
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Meriahnyaa lauk.. Btw, selamat hari raya Aidiladha.. Hehehe, lepas dah pun.
ReplyDeleteSedapnya semua menu tu. Asam pedas ikan mayong letak kantan dan bendi sedapnya.
ReplyDelete