Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Penyerahan Manakah Yang Kau Terima?

Sempena aidil adha yang bakal menjelang, aidil adha yang kita rai dalam keinsafan, Penyerahan apakah yang kamu lakukan? Apakah penyerahan kita itu Allah terima? Kita pun tak tahu. Kerana ia adalah rahsia TuhanMu terhadap sesuatu yang Dia kehendaki. Korban dan penyerahanmu adalah dari setulus hati, bukan dengan takabur dan riak!

Kerana itu, penyerahanmu adalah pengorbanan amat bernilai tinggi, yang umpamanya kau serahkan hak seluruh hartamu di jalanNya, sebagai jihad yang belum bertemu pulang! 


Penyerahan Manakah Yang Kau Terima?


Kisah dua orang anak Adam
mempersembahkan qurban kerana Allah
mendampingkan diri kerana Allah
Qabil yang pemarah
Habil yang bertaqwa
penyerahan manakah yang Kau terima?

kerana kemarahan itu
tidak membawa jauh sebuah penyerahan
jadilah ia penyerahan yang sia-sia dan rugi!
lalu bila telah kehilangan
telah lepas segala yang berharga
menyesal dan penyesalan tak henti
maka waktu itu...
engkau dalam golongan yang lemah!

korban kamu adalah sebuah penyerahan
dengan tulus ikhlasnya hati
bukan dengan takabur dan riak
bukan dari barangan yang rosak!

maka dengarkan...
Allah berfirman dalam surah "Al-Isra" ayat 70 yang bererti;
"Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.
Kami angkut mereka di daratan dan di lautan.
Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik
dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna
atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan."

kita yang berkorban
dari penyerahan yang baik dan sempurna
mendapatkan kemuliaan yang Allah janjikan.

Salam Aidil Adha buat semua!

- Aynora

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments