Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Semai Pokok Kemboja Dan Rubber Plant Dalam Pasu

Semai Pokok Kemboja Dan Rubber Plant Dalam Pasu. Last month saya ada beli batang pokok kemboja dalam 5 warna yang berasingan. Ada warna kuning, merah,putih, oren dan jingga. Dalam 5 batang yang disemai dalam pasu, hanya 2 batang saja yang hidup. Manakala lagi 3 batang pokok kemboja telah musnah di makan siput babi. Geram ada, kelakar pun ada. Mana taknya, elok je siput babi tu bergayut pada batang kembojaku.. lalu saya sembur dengan racun siput. Tergolek member jatuh ke tanah..

Semenjak saya dah faham cara tanam pokok, dah belajar dari YouTube, jumlah pokok sebenar di rumah semakin bertambah 😀😀👍. Korang tahu tak, saya ada sebanyak hampir 100 pokok yang kesemuanya di tanam di dalam pasu. Hehe..

Semai Pokok Kemboja Dan Rubber Plant Dalam Pasu


Jadi, sekarang ni batang kemboja yang disemai dalam pasu hanya tinggal 2 batang saja. Masa baru semai dalam 2 minggu, batang kemboja itu langsung tiada isyarat akan tumbuh. Batangnya kering dan macam nak mati. Tapi selepas itu dia tumbuh dan berdaun. Sekarang ini daunnya semakin membesar dan banyak. 

Semai Pokok Kemboja Dan Rubber Plant Dalam Pasu

Semai Pokok Kemboja Dan Rubber Plant Dalam Pasu

Untuk tumbuhan rubber plant (gambar bawah) pulak, saya potong dari batang pokok yang ada kat rumah dan semai dalam pasu juga. Dua batang pokok yang saya tanam semula, hanya satu sahaja yang hidup. Lagi satu batang sudah mereput dan tidak berjaya untuk hidup 😅😅. Untuk pokok rubber plant, dia boleh di tanam secara indoor dan juga outdoor. Bila di tanam di luar rumah di bawah cahaya matahari, daun rubber plant akan berwarna burgundy. Bila di tanam di kawasan indoor, daunnya berwarna hijau tua. 

Semai Pokok Kemboja Dan Rubber Plant Dalam Pasu

Semai Pokok Kemboja Dan Rubber Plant Dalam Pasu

Pokok kemboja dan rubber plant adalah sejenis pokok landskap yang sesuai di tanam di hadapan rumah, berdaun besar dan mudah dijaga. Walau macam mana keadaan cuaca panas terik atau hujan lebat, ia tetap sustain membesar dan tumbuh daun lagi.

Rasa bersemangat lagi sekarang ni nak semai pokok lain pulak. Giliran pokok mana agaknya lepas ni yang jadi bahan percubaan saya? Kita tunggu dan lihat.

Bye, selamat berkebun!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments