Semenjak saya dah faham cara tanam pokok, dah belajar dari YouTube, jumlah pokok sebenar di rumah semakin bertambah 😀😀👍. Korang tahu tak, saya ada sebanyak hampir 100 pokok yang kesemuanya di tanam di dalam pasu. Hehe..




Semai Pokok Kemboja Dan Rubber Plant Dalam Pasu
Jadi, sekarang ni batang kemboja yang disemai dalam pasu hanya tinggal 2 batang saja. Masa baru semai dalam 2 minggu, batang kemboja itu langsung tiada isyarat akan tumbuh. Batangnya kering dan macam nak mati. Tapi selepas itu dia tumbuh dan berdaun. Sekarang ini daunnya semakin membesar dan banyak.


Untuk tumbuhan rubber plant (gambar bawah) pulak, saya potong dari batang pokok yang ada kat rumah dan semai dalam pasu juga. Dua batang pokok yang saya tanam semula, hanya satu sahaja yang hidup. Lagi satu batang sudah mereput dan tidak berjaya untuk hidup 😅😅. Untuk pokok rubber plant, dia boleh di tanam secara indoor dan juga outdoor. Bila di tanam di luar rumah di bawah cahaya matahari, daun rubber plant akan berwarna burgundy. Bila di tanam di kawasan indoor, daunnya berwarna hijau tua.


Pokok kemboja dan rubber plant adalah sejenis pokok landskap yang sesuai di tanam di hadapan rumah, berdaun besar dan mudah dijaga. Walau macam mana keadaan cuaca panas terik atau hujan lebat, ia tetap sustain membesar dan tumbuh daun lagi.
Rasa bersemangat lagi sekarang ni nak semai pokok lain pulak. Giliran pokok mana agaknya lepas ni yang jadi bahan percubaan saya? Kita tunggu dan lihat.
Bye, selamat berkebun!
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Geram pulak kita baca pasal siput babi tu! Mujur sempat sembur racun. Tapi seronok tengok baki pokok kemboja dengan rubber plant yang hidup tu, dah mula nampak subur. Wah, hebatnya dah ada dekat 100 pokok dalam pasu! Semoga terus subur menghijau laman rumah...SA je masih belum dapat tanam pokok bunga kat rumah..asyik kena hijack je...
ReplyDeleteAdan uke siput babi tu..
ReplyDelete