Jam zikir dan azan ini sudah hampir 2 tahun bersama kami. Tidak pernah dimatikan walau tiada orang di rumah. Bila tiba waktunya azan akan berkumandang bertepatan dengan surau di taman kami. Memang amat memudahkan urusan ibadah harian kami. MasyaAllah Tabarakallah.



Suasana Pagi Yang Sentiasa Dinanti
Setiap pagi bacaan Yasin menemani suasana pagi saya dan seisi rumah ini. Best sangat rasanya, sukar digambarkan. Tenang dan damai.
Orang kata dah macam surau dah rumah ini. Setiap jam tertentu ada azan, mengaji, zikir, tazkirah dan lain-lain.
Sambil sarapan pagi dengan teh '0' dan sepinggan nasi goreng, alangkah nikmatnya ditemani suara bacaan Yasin yang merdu. Tak perlu tunggu saat kematian nak dibacakan Yasin, ketika hidup dan sihat ni pun dah gembira ada jam meja yang berfungsi untuk mendamaikan dan merawat emosi kita. Alhamdulillah. Nikmat Tuhanmu yang mana nak Kau dustakan!

Semoga kita semua diberikan kesempatan untuk menikmati hidup yang tenang dan damai serta di kelilingi dengan suasana yang positif dan menginsafkan saban hari. Kerana persekitaranlah yang banyak mempengaruhi emosi kita samada nak jadi lebih baik atau sebaliknya.

Sekarang hidup kita cuma mahu tenang saja kan. Ketenangan adalah paling berharga dan tidak boleh dijual beli
ReplyDeleteMenarik juga jam zikir & azan tu.
ReplyDelete